Tudung kanak-kanak

PASAR MALAM PASIR PUTEH, KELANTAN

 13/3/2021

Bawa Rania potong rambut di Kuala Besut. Saloon pilihan dari mula sampai Besut sampai sekarang. Suka potongan dia. Kemas dan cantik. Sesuai dengan muka ummi dan Rania. Kadang ayah pon potong rambut di situ.

Alang-alang dah bersempadan, terus pergi Pasir Puteh. 

Ada pasar malam petang ni. Tapi sejak PKP ni tak pergi lagi. Hari tu pergi tapi belum beroperasi.

Suka datang pasar malam ni. Syurga makanan. Nak makan apa. Cari je. Macam-macam ada. Semua pon sedap-sedap uols! 

Laksa. Nasi Kerabu. Mee Kari. Ayam Gunting. Nasi Ayam. Nasi Lemak. Burger. Ayam Madu. Ayam Bakar. Mee goreng. Nasi goreng. Koteow goreng. Sate. Kacang rebus. Etok Salai. Jagung Rebus. Kek. Air balang. Buah-buahan. Sayur-sayuran. Pakaian. Kosmetik. Kerepek, cikedis. Mainan. 

My peberet forever and ever.

LAKSA.

Ingat lagi masa memula sampai sini, makcik ni suami isteri dengan anak anak dorang. Niaga laksa, bubur nasi. Tapi kuantiti sikit je. Tapi rezeki, makin hari makin bertambah. Makin besar periuk deme. Suka tengok. 



BUBUR NASI.
Ya Allah ini paling sedap. Tak pernah tak beli. Ada pedas dan tak pedas. Boleh pilih. Biasa ambik 2 jenis. Satu untuk Rania. Ummi ayah share. Puas makan. Lauk ada ayam, udang, telu masin, ikan bilis, sambal pedas, daun sup, bawang goreng. Lengkap. Secukup rasa. Harga berpatutan dengan kuantiti dan kualiti. 


Masa ciksu sampai pasar malam ni dedulu, dorang duduk port tengah ni lah. Rasanya ada snap pic tapi tak sure pernah share di blog ke belum. Al maklumlah  ciksu kan sibuk nau nau. 

Kah!!


Besarlah juga pasar malam ni. Dia memanjang. Kiri kanan orang berjual beli. Kadang tengah-tengah ni pon ada orang jual. Minta sedekah. Tapi time sekarang tak ada. Penjarakkan. Jadi laluan pengunjung je lah. Kalau tidak bersesak sini. Berlaga bahu time berjalan.


Menu hari ni.. 
Kek coklat cheese..


Blueberry cheese leleh.. tapi blueberry ni rezeki pakcik yang kebetulan lalu sebelah ciksu tadi.


Nasi kerabu menu wajib if pergi pasar malam di Pantai Timur. Lain orang lain rasanya. Semuanya ciksu balun. Hahaha. Asalkan tak letak budu. Kebiasaannya ciksu beli nasi kerabu toksey kuah sambal. Makan kosong gitu je. Barulah menu sihat. Githoo. 

Ambik ayam bakar. Gandingan serasi bersama. 


Chicken chop untuk Rania. 


Kalau pergi pasar malam, ciksu akan cari port untuk makan. If ada taman lepak taman. If ada kerusi meja dekat dekat situ pon ciksu onz. 

Kenapa?
sebab suka makan panas panas. Tak suka bawa balik rumah. Feel nak makan tu dah tak ada. Makan sesiap, terus buang sampah sarap. Settled

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut senang hati.



Pastu cari toilet lah pulak 😅
Jauh nak kena menapak. Nun dekat Petron dekat kawasan bank di sana haaa. Oklah, lepas makan kasi jalan jalan  sikit. Baru cepat turun kan. Hahahaa.

Alang-alang lalu sini, terus snap gambar kenangan dengan TAPAK LAMA PASAR PASIR PUTEH. 

Actually, pasar ni dah pon pindah ke kawasan PEKAN BARU PASIR PUTEH. Sempatlah juga 2,3 kali mai membeli di pasar ni. Pernah makan pagi di sini juga. Sedap. Menu kampung. Air tangan orang lama. Kebanyakkan pakcik makcik je niaga sini. 


Pasar ni bahagi pasar kering, pasar basah. Medan selera versi orang lama. Ada gbar juga rasanya tapi tak pernah share di blog. If jumpa ciksu share. 

In shaa Allah. 


Ok. Bye. Jom balik.

Menapak beberapa langkah lagi sesambil cuci mata sebelum sampai ke kereta.


Pasar malam PASIR PUTEH memang best. First time dulu masa sampai sini, masa maghrib. 

Tiber lampu semua padam semasa AZAN MAGHRIB. Dorang stop urusan jual beli. Hatta waktu customer nak bayar dorang tetap tak ambik duit. Hormati azan. Habis azan lampu bernyala kembali. Baru dorang ambik duit dan buat order. Pastu dorang gilir-gilir solat.

Alhamdulillah. Dah pernah merantau dari Utara ke Selatan. Selatan Ke KL. KL ke Pantai Timur. Inilah kelainannya. Satu-satunya yang ciksu jumpa. Hanya di PASAR MALAM PASIR PUTEH, KELANTAN. Lain-lain pasar malam area Kelantan ciksu tak pergi kecuali pasar malam Tok Bali tapi tak pernah pergi time maghrib, so, tak tahu situasi sana macam mana. 

Dapat sesuatu dari perkongsian ini? 

0 Comments