Tudung kanak-kanak

RESEPI SARDIN ROLL RANGGUP DAN SEDAP

Masuk-masuk je rumah, terus tanya..

"ummi, malam ni kita makan apa.."

Kita makan kuih je malam ni.. ok.. tapi untuk adik ummi jangan letak sardin.. adik tak suka.. adik nak kulit dia jee tau.. kemahen tau anak dara aii sorang ni.. 🤗
Geleklah tepung kosong tu untuk si dia 👩🏻‍🍳

bila dah siap, dirasanya.. mmmm, ummi macam karipap lah.. tetiba boleh pulak dia ambik sardin, pastu dok cicah sikit-sikit.. 5 keping juga di makannya.. sama juga kalau karipap.. memang rania akan gigit kelim karipap sahaja.. selebihnya di bagi ke ummi..

Anak oh anak.. maciam-maciam peel..
Alhamdulillah atas rezekiMu.. Asal rajin semuanya menjadi 👩🏻‍🍳

Ye dok 😊


Untuk makan goreng.. bakinya bakar untuk difrozenkan..



Sardin Roll semestinya guna sardin dalam pouch.. sardin keluaran bumiputera islam..


Ranggup dan sedap di makan.. 

Sap sap soi je buatnya.. nanti korang try lah buat ye.. buat untuk keluarga.. buat dengan sepenuh kasih sayang.. 

RESEPI SARDIN ROLL FROZEN

Hasil : lebih kurang 48 biji 

Pastry
4 cawan tepung
1sdm tpg beras
2sdm tpg jagung
2 sdk gula
1sdk garam
*campur semua

1/4 cawan myk
2 sdm penuh majerin
*panaskan sehingga panas sedikit

Air (tambah sehingga terbentuk doh)
-tuang myk panas ke dalam tepung. Gaul sampai jd serbuk. 
-tambah air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh. Uli dalam 5 minit..bulatkan doh. 
-Permukaan doh mungkin tak licin tak mengapa. Rehatkan doh 15 minit sblm guna(wajib tok guru kata 🙂 ). 
-Tutup doh dgn kain lembap. Kemudian bila nak guna doh akan jd lembut..masa ni uli dlm seminit dua. Permukaan doh akan flawless;-). 

-Buat doh kecik bulat saiz yang diigini. 
-Buat bentu bulat bujur seperti buah "pear"
-canaikan seperti bentuk dlm gambar. 
-utk bhgn hujung yg tirus tu nipiskan sedikit. Insyaallah bila gulung nnt tak perlu letak air. Is akan melekat.
*(optional tip)boleh tambah 1sdm shortening utk efek ranggup. Tambah dlm aduanan atau masa menggoreng 😉

Inti
1 tin besar sardin 
1/2 labu bwg besar-dadu
2 biji bwg putih-cincang
Cili padi/besar-optional
2sdm cili giling-optional
-gula garam
-perahan limau nipis

-tumis bwg putih, bwg besar, cili padi/besar dgn 1 sdm minyak sampai layu. (Tips: minyak kena sket je...nnt berminyak ssh nak handle)
-tambah cili giling. Tumis sampai cili giling separa garing
-masukkan sardin. Pecah2kan. 
-tambah garam gula dan akhir sekali perah limau. 
-Masak sampai kering.

::::::》》》utk frozenkan saya bakar sekejap dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu. Suhu 180°C/10minit. Nak goreng sekejap pun boleh tp lbh pantas bakar dlm oven

Kredit Resepi :Ellyna Abdul Aziz‎ (mahn)

Kalau nak cuba sardin dalam pouch, boleh whatsapp ciksu 0193080215 😅

#sardinroll
#daridapurciksu
#sardindalampouch

3 Comments

  1. terbaik.
    sardin is always sedap buat gini, kan.
    esok in shaa Allah aida nak buat bun sardin.
    utk makan2 weekend, ciksu.

    ReplyDelete
  2. wah,, boleh cuba resepi ni nanti..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)