Tudung kanak-kanak

RESEPI MEE GORENG MUDAH STYLE CIKSU..

Assalamualaikum

selamat pagi. dah sarapan ke? menu apa pagi ni? hihi..saje jurr tanya.. manalah tahu kot-kot tersama pulak menu kita, kan 🙊

Pagi ni ciksu nak share RESEPI MEE GORENG MUDAH STYLE CIKSU.. 


mee goreng pengalas anak tekak.. selalunya penyediaan mee goreng Dari Dapur Ciksu bergantung pada yang di dapur dan dalam esbok.. kalau ada ikan bilis, ciksu tumbuk dan tumiskan.. so, depends.. bagi ciksu memasak ni mudah jurr tak perlu nak ikut resepi sangat pon.. lagipon kita yang buat dia.. so, apa yang dipikirkan.. asal ada barang, jadi 👍

Mee Goreng simple simple jurr cuma tak kick sebab tak pedaih.. demimu anak, ummi berkorban rasa 😂😂

Nak pedaih tokak cili padi.. tak pon buat cili kicap jurr lah 😅 asalkan pedaih .

Mee Goreng style ciksu..
mee cuci, toskan.. kalau guna mee kuning homemade, tak perlu cuci, selepas angkat dari air panas, toskan sekejap boleh goreng mee macam biasa..

Goreng ayam yang digaul garam kunyit, garing pecahkan telur.. kacau, kacau.. masukkan bawang putih tumbuk, masukkan kicap, sos tomato, sos cili sesedap rasa.. masukkan mee dan sayur sayuran yang suka di tekak..

Siap 😋
Rania makan bertambah sebab tak pedaih..
siap puji melambung untuk ummi.. pandai ummi masak untuk Rania.. tak pedaih.. Rania boleh makan banyak.. nanti Rania tak cirit 😅

Selamat mencuba!!


#daridapurciksu
#sarapanpagi

1 Comments

  1. sama la kita.
    mee goreng bergantung kpd bahan yg ada kan hi hi hi hi...
    yg penting, mee nyer available.

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)