Tudung kanak-kanak

RESEPI KUIH SERI MUKA DURIAN

Bangun pagi cuci muka, hari ni sarapan KUIH SERI MUKA 😘

Lembut bahagian atasnya.. pulut pun lembut dan berlemak.. dah macam makan lemang je pulutnya tu.. 

Ya Allah sedap giler.... First time buat seri muka.. kegigihan sebab teringin nak merasa sebab tak berapa minat menu berasaskan pulut-pulut ni.. makan sekadar merasa je.. tapi memang sedap rupenya KUIH SERI MUKA DURIAN ni.. alhamdulillah..


Jom kita tengok KUIH SERI MUKA DURIAN yang  ciksu buat.. resepi cari mana yang berkenan di hati yang pasti tiada penggunaan telur.. ada telur iols kurang sikit mau makan 😘


Yeay!! Yeay!! 
Kuih Seri Muka Durian Dari Dapur CikSu menjadi.. alhamdulillah..
percubaan pertama kalinya.. 



#kuihserimukadurian

pertama kali buat sendiri.. puas hati.. in shaa Allah ada rezeki nak buat lagi.. cuba buat yang terbaik lagi, lagi dan lagi.. hihihi.. just untuk kepuasan diri



Ciksu selit resepinya di gambar ye..

LAPISAN BAWAH (PULUT)
▪ 2 cawan pulut
▪ 2 cawan santan cair
▪ 1 sk garam

Cara cara:
1. Masukkan semua bahan dalam loyang, kacau bagi rata dan kukus sehingga masak. lebih kurang 20 minit jugalah.. ikut pada penggunaan loyang memasing..
2. Pulut dah masak tekankan pulut yang telah masak tadi sampai padat. Atau boleh gunakan loyang lain yang dialas plastik di bawahnya.

🌼nak sedap dan mudah guna santan asli.
🌼kalau guna santan kotak, pastikan loyang di sapu minyak sebab santan kotak tak berminyak macam santan asli


Pulut agak lembut tapi just nice.. 
lepas masuk santan, ciksu terendam lebih kurang 30 minit juga sebab tengah kukus pulut untuk di buat pulut durian duluan. hihihi


Alas plastik, masukkan dalam tupperware.. isi pulut, tekan tekan bagi padat.. 

Isi durian yang kecik comey.. guna dalam secawan.. lebih kurang 8 ulas.. 

LAPISAN ATAS (DURIAN + KASTAD) 

4 cawan santan pekat
1 cawan gula perang
1 cawan durian
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 s/k  garam
Pewarna kuning kalau nak

Caranya:
1. Masukkan santan, gula, garam dan durian dalam blender dan kisar.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk.
3. Ayakkan tepung gandum dan  tepung kastad ke dalam mangkuk santan perlahan-lahan.
4. Kacau rata sampai tak ada tepung bergentel.. (ciksu pakai whisker). kendian masak atas api sampai naik wap supaya tahan lama dan adunan tak cair.
5. Tuangkan adunan ke atas pulut dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana atau sehingga masak (ikut pada penggunaan loyang memasing)


Noted:

▪ Boleh guna gula pasir/ gula kastor
▪ ciksu guna santan sekilo. pepandai sendiri je adjust untuk dua-dua lapis tu. kita yang buat dia, kan!!😂😂
▪ 2 cawan santan cair (1 kotak santan, 1 cawan air)
▪ 4 cawan santan pekat (2 kotak santan, 2 cawan air)


Selepas siap dikukus. memang akan lembik/ lembut bahagian atasnya.. tapi biarkan sejuk duluan barulah dipotong. ciksu buat petang, malam baru potong. baru cantik potongannya nanti..

silalah guna pisau plastik..



Bagi mokcik rasa, mokcik kata sesuailah untuk orang-orang tua. berlemak dan sedap dah katanya.. alhamdulillah.. 


#daridapurciksu
#kuihserimukadurian
#serimukadurian

2 Comments

  1. aduhai ciksu.
    baru tadi aida tonton utube seri muka pandan.
    ni blogwalking, jumpa seri muka durian.
    aida x pernah buat sendiri. baru nak blaja buat hi hi hi hi...
    tq for sharing.

    ReplyDelete
  2. fuhhh csntiknya warna seri muka durian ni! Drooling teruk

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)