Tudung kanak-kanak

TERIMA KASIH ALLAH. ALHAMDULILLAH.. SELAMAT SAMPAI JERTEH

Tadi, masuk je laluan Baling ke Grik, iols buat² tido. kalau tak buat² tido, jenuhlah kena melayan Raniaku sayang bersembang.

Dia bukannya setakat ajak sembang kosong tapi sembang siap ada gaya bagai. gerak sana, gerak sini. jap depan, jap belakang. jenuh ikut rentak dia, tak pasei² boleh pening kepala ummi dok melayan. udohle jalan pusing², silap hari bulan memang boleh muntah le 😣

Buat² tido, sudahnya memang tido betul. ekekeke. pastu terjaga betul² tempat kemalangan 6 bulan lepas.. [ciksu belum pernah kongsikan lagi di sini.. tak cukup kuat untuk ingat kembali saat kejadian tu 😰].. ngam² buka mata bila sampai #bukitjala. huhuhu. otomatik terjaga dan teringat peristiwa tu 😥

Serius memang tak boleh lupa pasai kemalangan tu. ini kali ketiga lalu laluan Highway Grik tu selepas kemalangan bulan Disember 2017.. tiap kali sampai #bukitjala terus debor, rasa sebak sesangat. tak tau nak cakap macam mana. kalau bukan sebab nak balik kampung, memang tak akan sesaje guna laluan tu.. masih trauma lagi.. tak tau nak habaq macam mana apa yang ciksu rasakan.  😧

Bertabah dan redhalah untuk beberapa tahun akan datang ni. semoga kami² yang guna laluan tu, sentiasa di bawah lindunganNya aamiin

Apa pon kami sekeluarga selamat sampai Jerteh pukul 530pm 😙

Ikut anak tekak Raniaku sayang..
sekali sekala je bagi makan KFC..


Nak sangat makan aiskrim "butterfly"..
beli masa singgah rehat di Banjaran Titiwangsa.. 


Ummi macam biasalah.. dalam kereta ajelah nak berselfie dengan lipmatte kesukaan..

LIPMATTE CREAM BY SEQYBEAUTY 

Lepas solat calit lipmatte kod demand pulak.. oouucchhh!!! tersama tema dengan baju pulak.. hihihi.. 


Kod demand ni warnanya seakan biji buah remia yang muda tu.. memang cantik warnanya.. ciksu suka nau-nau dengan lipmatte kod demand ni.. 
kalau pakai baju purple atau shawl purple.. calit sikit lipmatte kod demand.. comfirm nampak berseri-seri.. gituu.

Kalau nak beli lipmatte, boleh message ciksu #0193080215 👌


#lipmatteseqybeauty 
#raniakusayang 
#7syawal1439h
#21jun2018

1 Comments

  1. bila kita penah went thru unfortunate event memang susah nak lupa. sama jugala ada few thiings yang kita fobia dan buat tringat2..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)