Tudung kanak-kanak

IFTAR 19 RAMADHAN 1439H

﷽


السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه 

Semalam berbuka dengan anak-anak buah cik abe 3 orang. Alhamdulillah rezeki berbuka bersama dorang. meriah sikit rumah ni. Hihihi. 

Kalau tidak asyiklah berbuka bertiga. kadang berdua jeee dengan Raniaku sayang 😍

Masak Gulai Kepala Ikan Kerapu. Kepala Ikan Kerapu ni baki ikan kerapu yang dimasak 3 rasa dan ikan kukus minggu lepas. Ikan kerapu tu pon, salah sorang anak buah cik abe yang datang semalam tulah bagi. Kemain besau kepala ikan kerapu tu tau. Cik abe siap untuk belah dua lagi haaa. Kalau campak seketul kepala tu dalam kuali mau melimpah ruah kuahnya nanti, kan! 

Haha 😆

Masak juga Sotong Goreng Kunyit. Sotong letak garam kunyit, goreng dalam minyak panas dan banyak macam goreng ayam tu. Pastu masukkan bawang besar dan cili merah. Agak bawang dah layu, bolehlah diangkat. Toskan minyak. 

Apa rasanya? 
Sedaplah kot. Haha
Ciksu tak makan sotong. Alergik. Huhuhuhu.

Masak juga Kailan Ikan Masin. Yang bestnya ikan tenggiri tak ada. Iols guna je ikan gelama masam yang dok ada. Hihihi. 

Kita buat dia, kan!! 

Jadi 😆

Ini je iols sempat snap gambo. Menu yang datang selepas itu, iols tak snap sebab iols is segan 😍 

Gulai tu pon sekejap je tu, gigih nak bergambar. Kang deme datang, tak boleh plak nak snap, kan!!! 


Semalam try ngetest buat PAU. Alhamdulillah, menjadi. Tapi tulah, inti plak secoet. Kahkahkah. 

Dah ghope kedekut sesangat. Actually, saja nak habiskan baki kacang hijau dan coklat yang dok ada. Last-last memasing dah nak habis, so, terpaksalah bajet sorang sikit bagi dapat jugak.

Nak letak inti lain, memang tak ada stok apa pon di rumah. Kalau ada sekaya boleh juga, kan!! 

Percubaan pertamalah katakan. Kekok jap. Kahkahkah.. In shaa Allah akan perbaiki lagi..

Seronok pula mengepau..



Banyak juga dapat pau tu. Guna 1/2 kilo tepung. Tak padan dengan inti tak ada, gigih nguli bebanyak 😂
Sapa suruh. 

Kah! Kah! 😂

Goreng juga baki KUIH BOM yang siap di frozen.

Rezeki orang berbuka, dorang datang bawa memacam menu. Ada murtabak daging. Sedap. Penuh dengan inti. Terbaik. 

Air tebu. Manis melecas. Memang manis air tu. 

Kuih muih ada kuih cara manis, cara berlauk, buah melaka dan kuih apa erk satu lagi tu. Ala-ala puteri mandi ke apa ntah. Tak kenal sebab tak pernah makan. 

Jiran bawah bagi sambal tempe ikan bilis. Sedapnya makan dengan nasi panas-panas. 

Hari ni nampaknya berbuka berdua ajelah dengan Raniaku sayang sebab cik abe ada majlis berbuka puasa dengan Anak-Anak Yatim di Pasir Puteh, Kelantan. 

Nak kena buat KUIH CARA INTI COKLAT. Balik ambik Rania karang nak kena siapkan. 

Harapnya sempatlah siapkan.
😍

3 Comments

  1. sedap nyer lauk ciksu.
    tq for sharing.
    aida ada idea nak buat sotong goreng kunyit tu.
    biasa nyer aida buat sotong masak sos tiram.
    lom pernah goreng kunyit gitu ajer.

    ReplyDelete


﷽

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)