Semalam berbuka dengan anak-anak buah cik abe 3 orang. Alhamdulillah rezeki berbuka bersama dorang. meriah sikit rumah ni. Hihihi.
Masak Gulai Kepala Ikan Kerapu. Kepala Ikan Kerapu ni baki ikan kerapu yang dimasak 3 rasa dan ikan kukus minggu lepas. Ikan kerapu tu pon, salah sorang anak buah cik abe yang datang semalam tulah bagi. Kemain besau kepala ikan kerapu tu tau. Cik abe siap untuk belah dua lagi haaa. Kalau campak seketul kepala tu dalam kuali mau melimpah ruah kuahnya nanti, kan!
Masak juga Sotong Goreng Kunyit. Sotong letak garam kunyit, goreng dalam minyak panas dan banyak macam goreng ayam tu. Pastu masukkan bawang besar dan cili merah. Agak bawang dah layu, bolehlah diangkat. Toskan minyak.
Masak juga Kailan Ikan Masin. Yang bestnya ikan tenggiri tak ada. Iols guna je ikan gelama masam yang dok ada. Hihihi.
Ini je iols sempat snap gambo. Menu yang datang selepas itu, iols tak snap sebab iols is segan 😍
Banyak juga dapat pau tu. Guna 1/2 kilo tepung. Tak padan dengan inti tak ada, gigih nguli bebanyak 😂
Goreng juga baki KUIH BOM yang siap di frozen.
Rezeki orang berbuka, dorang datang bawa memacam menu. Ada murtabak daging. Sedap. Penuh dengan inti. Terbaik.
Air tebu. Manis melecas. Memang manis air tu.
Kuih muih ada kuih cara manis, cara berlauk, buah melaka dan kuih apa erk satu lagi tu. Ala-ala puteri mandi ke apa ntah. Tak kenal sebab tak pernah makan.
Jiran bawah bagi sambal tempe ikan bilis. Sedapnya makan dengan nasi panas-panas.
Hari ni nampaknya berbuka berdua ajelah dengan Raniaku sayang sebab cik abe ada majlis berbuka puasa dengan Anak-Anak Yatim di Pasir Puteh, Kelantan.
😍



3 Comments
rajin cik sue masak..:)
ReplyDeletealhamdullilah
ReplyDeletesedap nyer lauk ciksu.
ReplyDeletetq for sharing.
aida ada idea nak buat sotong goreng kunyit tu.
biasa nyer aida buat sotong masak sos tiram.
lom pernah goreng kunyit gitu ajer.
﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)