Tudung kanak-kanak

RESEPI KUIH KASWI PANDAN SEDAP, LEMBUT DAN LEMAK MANIS ❗❗

KUIH KASWI PANDAN WARNA HIJAU PUTIH PENJEYUK MATA.. MAKAN SATU TAK CUKUP TAU.. SEDAP SANGAT SANGAT.. HAMPA WAJIB TRY OKAY.. RASAI SENDIRI KELEMBUTANNYA DAN KELEMAKKANNYA HIHI πŸ˜‚πŸ˜‚



KUIH KASWI PANDAN

sedap, lembut dan lemak manis sebab kuihnya manis dan digaul pula dengan kelapa parut putih tu.. nyum.. nyum.. sedap sangat tau.. teringat-ingat lagi setiap gigitan tadi.. 

Kuih muih orang lama ni memang sedap-sedap semuanya.. bahan utamanya mesti kelapa parut, kan!! zaman dulu setiap rumah memasing ada pokok kelapa.. itu pasai menu pon berasaskan kelapa.. setiap jenis kuih yang dihasilkan nampak seakan sama yang membezakannya hanyalah jenis tepung yang digunakan.. 

CIKSU MEMANG SUKA MAKAN KUIH MUIH TRADISIONAL TIME BULAN PUASA.. TERINGAT KENANGAN DENGAN MAK DAN ARWAH TOK SEWAKTU KECIL.. RINDU SUASANA DI KAMPUNG PADA WAKTU PETANG SEWAKTU SIAPKAN JUADAH UNTUK BERBUKA.. RIUH DAN GAMAT SATU RUMAH πŸ˜‚πŸ˜‚



Kuih Kaswi Pandan.. lembut bukan sebarang lembut tapi lembutnya sedap dimakan.. masuk mulut sampai terpejam-pejam mata dibuatnya.. feeling sangat makan kuih kaswi pandan ni tau sebab iols peminat kuih kaswi.. sama ada kaswi gula merah atau pandan.. dua dua pon suka sangat.. jangan dok amal makan selalu.. kuih ni manisnya ibarat manisnya senyumanmu πŸ˜‚πŸ˜‚

πŸ’™RESEPI: KUIH KASWI PANDAN
πŸ’œSUMBER: Kak Yatiememories
πŸ’šBY: CikSu QasehnyaRania

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
2 cawan air pandan @ air
1 cawan gula pasir
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil air kapur makan
sedikit pewarna hijau @ pandan emulco
sedikit garam * - gaul bersama kelapa parut
kelapa parut * - putih sahaja

Cara-Cara: Satukan semua bahan di atas kecuali kelapa parut & garam. Kacau sebati.. nak mudah boleh kisar.. 

Tapis bahan yang telah di kisar ke dalam loyang & kukus selama 40 minit..
Setelah masak sejukkan dulu, baru dipotong.

Gaul bersama kelapa yang telah digaul bersama garam dan dikukus sebentar supaya tahan lama..

TIPS:
πŸ’žmasa angkat kuih kaswi, jika ada takungan air di atasnya.. sengetkan loyang, buang air takungan tu.. guna sudu.. cedok sedikit demi sedikit dan biarkan seperti asal..

πŸ’žtunggu sampai sejuk baru potong ye.. kalau tidak tak cantik nanti..


πŸ’ž sila guna pisau plastik.. barulah cantik dan licin semasa di potong..


daun panda segar.. 
wangi je baunya.. 



adunan selepas di bancuh.. 

menanti untuk di kukus.. 
ciksu kukus pakai pengukus letrik Noxxa hasil tabungan kutu hari tu.. 
nak tengok rupa pengukus tu boleh taip main kutu pengukus noxxa qasehnyarania 


Selamat Mencuba πŸ‘Œ

#kuihmuih
#kuihkaswi
#kaswipandan
#kuihkaswipandan
#kuihmuihtradisional


#10ramadhan

1 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)