Tudung kanak-kanak

Resepi Gulai Ayam Kampung Dengan Betik...

Rutin setiap hari time Raniaku sayang sekolah, memang sama. Selepas hantar Rania, aku tak terus balik rumah tapi ke masjid berdekatan. Alhamdulillah, dapat luangkan masa untuk diri sendiri di situ. 
Selesai pe semua, baru nengok order yang masuk, pastu sebelum gi ambik Rania, aku akan settlekan bab postage 📭📭

Buat masa sekarang urusan postage memang akan selesai sebelum jam 12 tengah hari. Jika order masuk selepas jam 12 tengah hari, makanya aku akan pos keesokkan harinya pulak. Alang-alang keluar pagi ke bandar Jerteh, so, sekalikan je. Dari rumah nak ke bandar Jerteh, adalah dalam 9km.. In shaa Allah. Cuba buat yang terbaik demi customer tersayang.. Tapi untuk cod anytime.. Cas cod bergantung pada lokasi 😄

Balik rumah, selepas ambil Rania terus bersilat di dapur.. Siapkan menu lunch kami pulak. Selalunya, macam aku cerita dalam entry lepas, jika berdua dengan Rania, memang menu simple je. Asalkan ada lauk dan sayur. Memadai.. 

Okay. Menu lunch hari ni. 

💚Gulai Ayam Kampung Dengan Betik
💚Sayur Taugeh campur lobak merah + putik jagung
💚Ulam Betik
💚Cabai tumbuk

Alhamdulillah. Bismillah.. 


Untuk menu ni, aku tak guna santan tapi ganti dengan susu omega. Hihihi. Sedap. 

Bahan pon guna apa yang ada dalam dapur jah. Janji semuanya siap dihidang. Dan bersedia dimakan. Ala, lagipon kita yang buatnya. Apa susah. Tak perlu nak pening-peningkan kepala kalau nak masak tapi tak cukup bahan. Aku asal boleh. Jalannnnn ✌

Bahan kisar (bawang putih, bawang merah, halia, serai, lengkuas, kunyit hidup, cili kisar) 

Rempah daging 

Perasakan dengan gula, garam, kerisik, susu omega, air asam jawa..

💚Tumis bahan kisar bagi garing, masukkan cili kisar. Biar pecah minyak

💚Masukkan rempah daging yang siap dibancuh. Renehkan sekejap.. 

💚Masukkan ayam, biar air ayam kering, masukkan air asam jawa secukupnya.. Rebus sampai ayam separa empuk bersama kerisik.. 

💚Perasakan gula, garam.. Biar reneh, agak cukup rasa masukkan betik.. 

💚Masak sampai betik lembut. Tutup api

💚Siap ⤵⤵⤵

Video Gulai Ayam Kampung Dengan Betik
buat kuah pekat likat. Baru best makan. Cicah pulak ulam betik tu. Perghhh!! Sedap baq hanggg 👍👍


Kerisik homemade. 
Hasil sekilo kelapa parut.. Bolehlah banyak ni. Hihihi. Kalau nak beli kerisik ready made, rasa tak puas hati pulak. So, menggigihkan diri goreng dan tumbuk sendiri. Penat memang penat tapi hasilnya 
👍👍👍


Esok nak masak apa pula erk?? Ginilah rutin harian suri rumah sokmo blurr mikior menu.....kan!! Balik-balik menu yang samo ajolah.. Ada aku kesah. KAHKAHKAH.. janji perut anak dengan laki den konyang 😉😉

Ok lah, tu je haaa nak share hari ni.. Esok jumpa lagi. Okay.. 

💤💤💤💤💤
☁☁☁💤☁
☁☁💤☁☁
☁💤☁☁☁
💤💤💤💤💤
☁ Sleepy ☁

Good Night 💤🌙
😊 Sweet Dream
🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠

2 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)