Tudung kanak-kanak

5 SEBAB PENTINGNYA BERBUAL DENGAN BAYI DALAM PERUT 😍💋 .

Bagi ibu yang pertama kali hamil, tentu keterujaan anda begitu terasa apabila bercerita tentang kandungan.

Tangan ibu automatik sentiasa hendak mengusap perut kerana mahu anak dalam kandungan tahu betapa sayangnya anda kepadanya.

Jangan risau kerana anda sememangnya sangat digalakkan untuk kerap menyentuh, mengusap, dan berbual dengan bayi dalam kandungan.

Bahkan pakar perkembangan anak turut menyarankan ibu hamil untuk memberi rangsangan positif kepada anak sejak dari dalam kandungan lagi jika mahu anak membesar dengan pintar dan mudah mendengar kata.

Jangan lalai atau malas untuk sentiasa berbual dan memberi rangsangan kepada janin anda. Mungkin selepas baca kepentingan ini ibu tidak akan meninggalkan sesaat pun masa untuk berbual dengan si comel.

Memasuki usia kehamilan enam bulan atau 24 minggu, bayi sudah boleh mendengar. Segala aktiviti dalam badan ibu menjadi irama paling merdu bagi bayi.

Sambil berbaring dalam rahim ibu, bayi dapat mendengar degup jantung ibu, suara bising usus dan berbagai macam bunyi di sekitar air ketuban

1. Jaga Hubungan Antara Suami Isteri

Ibu hamil mesti menjaga hubungan dengan suami, elakkan daripada bertengkar dan meninggikan suara ketika bertengkar. Ketahuilah yang anak anda akan mendengar apa yang diperkatakan. Jika anak sudah terdedah dengan perkara negatif sejak dari dalam kandungan maka tak mustahil dia akan
membesar sebagai anak yang degil dan sukar dikawal nanti

2. Dengarkan Bacaan Al-Quran

Membaca Al-Quran memang amalam yang mulia dan perlu dilakukan setiap hari. Jika hamil, anda lagilah digalakkan membaca Al-Quran sebagai salah satu cara mentarbiah anak berperibadi mulia sejak dari dalam kandungan.

Percayalah anak yang sudah terbiasa mendengar bacaan Al-Quran daripada ibunya sejak dari dalam kandungan lagi akan membesar sebagai anak yang mempunyai akhlak yang baik, mencintai Al-Quran, terang hati dan mudah dididik.

3. Pesan Yang Elok

Anak anda adalah apa yang anda didik. Mereka membesar mengikut acuan didikan anda. Jika anda mahu anak yang baik maka berilah pesanan sejak mereka mula berada di rahim anda lagi.

Sentiasa pesan yang baik-baik dan elok-elok sahaja kepada bayi anda. Misalnya pesanlah kepadanya supaya jangan menjadi bayi yang kuat menangis dan kuat meragam sebaik selamat dilahirkan. Jika setiap hari anda memberitahu pesanan tersebut, percayalah bayi anda akan mudah dijaga dan tidak banyak ragamnya.

4. Rajin Berbual

Selain ibu, bakal ayah juga mesti rajin berbual dengan anak dalam kandungan. Anda boleh berbual apa sahaja dengan bayi. Berceritalah perkara yang positif dan apa yang anda berdua rancangkan untuk dia apabila lahir nanti. Anda akan terkejut kerana bayi memberikan tindakbalas melalui gerakan dan tendangan setiap kali sesi perbualan diadakan.

5. Rajin Mengusap & Menyentuh

Kuasa sentuhan sememangnya sudah menunjukkan kesan sejak anak dalam kandungan lagi. Anak yang biasa menerima sentuhan dan usapan lembut daripada ibu bapa sejak dia dalam rahim ibu lagi dan terus menerimanya apabila dia dilahirkan akan membesar sebagai anak yang positif

Oleh itu ibu mesti memberikan rangsangan positif dari luar dan menjaga setiap apa yang dicakapkan. Sentiasa cakap yang elok-elok dan baik-baik sahaja supaya anak dalam kandungan membesar dalam suasana yang positif.

===================================
Sila SHARE untuk manfaat bersama..
TAG rakan IBU HAMIL atau TAG Encik Suami
(y) #FOLLOW #SEE_FIRST Kelab Ikhtiar Hamil===================================

1 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)