Duduk di Jerteh sedia maklum memang tak ada mall besar untuk lepak-lepak atau cuci mata. Nak pergi ke Giant dan Pantai Timur adalah. Itu pon sekadar pergi beli barang dapur pastu terus balik. Nak pusing-pusing cuci mata, nak nengok kain baju memang tak banyak pilihan melainkan kena pergi deretan kedai-kedai di sini.. Parking pulak hazabedah nak dapatnya.. suka shopping kat Giant sebab parking selesa dan teduh. Space parking pon banyak. Kalau nak pergi mall besar kena turun Kota Bharu atau Kuala Terengganu nun jauh di sana 🙄🙄🙄🙄
So, penyelesaiannya we all tengok alam semulajadi je lah. Ekekeke
We all sukakan suasana yang tenang. Contohnya ciksu dengan cik abe memasing ada kesukaan. Macam ciksu lebih suka tengok dan menikmati keindahan di kawasan laut, pantai dan sewaktu dengannya. Manakala cik abe lebih sukakan keindahan di kawasan air terjun. Minat masing-masing tapi tetap berlatarbelakangkan alam semulajadi.
Setakat tiga bulan di sini, we all dah jumpa Pantai Bukit Keluang dan Pantai Air Tawar yang terletak di kawasan Kuala Besut manakala Air Terjun Lata Belatan dan Air Terjun Lata Tembakah di kawasan Jerteh. Memang sempoi tempat-tempat nih. Cantik, menarik, tertarik lah 😆😆😆😆
Meh la layan dua tiga keping gambar sebagai entry pemanas enjin. Eh!
PANTAI BUKIT KELUANG
PANTAI AIR TAWAR
AIR TERJUN LATA BELATAN
AIR TERJUN LATA TEMBAKAH
2 Comments
rindu lak nak main di air tejun
ReplyDeleteperkongsian menarik ni Cik Su.. G kat kolam air panas. Area jerteh x silap. Ingat2 lupe. pernah pergi mase form 3. hee.
ReplyDeleteP/S: Nasib giant ada kt Jerteh.. syok sikit nk cri brg yg xde jual kt pantai timur.
﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)