Sama resepi seperti donut kentang yang admin pernah buat seblm2 ini.cuma kali ni resepi admin tak letak kentang. Jom cuba resepi
resepi Donat Gebu / Donut Kentang
Resipi facebook page Dari Dapur Ummu
Bahan2:
500 gram tepung gandum*
1 biji kentang yang telah direbus dan dilenyek
1 biji telor ayam + 1/2 sudu kecil garam (dikacau dlm bekas lain dulu) utk kali ini admin xletak kentang ye.
4 s/b susu tepung* boleh ganti kan dgn 2 s/b susu pekat.
100ml-130ml air ais sejuk (dulu guna air suam) tp sbb nak cuba teknik baru.
3 s/b shortening/marjerin
3 s/b gula .-kalau guna susu pekat gula kita kurangkan ye guna 3 s/b saje.
4 s/k baking powder*
4 s/k yis mauripan dicampur dalam air suam 50ml bersama 1 s/b gula. Kacau sebati.Utk mcepatkan proses yis mengembang berbuih dalam 4-5minit..
( yang bertanda * kita ayakkan dulu ye. )
doh lembut dan tak lekat kat tangan dikira ok..insyaallah...pastikan doh jgn lembik sangat sbb nanti masa menggoreng minyak serap dlm donut...
Caranya :
(guna mixer) uli dengan tangan pon boleh.
Masukkan semua bahan kering dulu dalam bekas adunan.
Kemudian masukkan telor yang dipukul dulu dlm bekas lain serta masukkan air sedikit demi sedikit (part ni kene pastikan air tu taruk sikit2 ye sambil mesin menguli sehingga doh tu tak lekat kat tangan)
Masukkan shortening atau marjerin dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
Pastikan doh betul-betul lembut dan elastik. (Uli selama 20 minit)
Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. jika disuhu bilik masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
Bentuk doh tersebut dgn acuan donat atau bentukkan rupa donat dan susun donat2 atas dulang yang ditabur tpung gandum dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
Goreng di dalam minyak panas. (masa menggoreng tu turunkan suhu panas supaya donut tidak hangus. masak donut sehingga kekuningan )
Angkat dan hias dengan gula icing atau coklat.
kredit to : Dari Dapur UMMU
4 Comments
Kakak nak cubalah Nani.
ReplyDeleteSebab biasa kakak tak pernah letak kentang
Tengok resepi Nani ni special sikit
Thanks dear:)
Hihi... masalah bw ini CikSu:)
ReplyDeleteBuat minum petang sedap ni
ReplyDeleterajin ciksu. kira bab buat kuih muih selalu tak menjadi huuuu
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)