Tudung kanak-kanak

Makan-makan dengan jiran baru..


🌸بسم الله الرمن الرحيم🌸

Siang tadi ada gotong royong, tolong jiran rumah bawah buat kenduri. Seronok.

Semuanya di masak oleh ahli keluarga tuan rumah. kami jiran-jiran datang menolong serba sedikit. walaupon duduk rumah bertingkat-tingkat, tapi masih mampu melaksanakannya. syukur.

Alhamdulillah. semoga semangat kejiranan di sini terus berkekalan. aamiin (",)

saya suka. saya suka.

kambing~ menu utama

sesi gotong royong kaum adam & hawa 

selamat sudah

sesi melapah daging kambing

sesi mengupas timun & menas untuk menu acar 

sesi mengaul kerabu pucuk paku + rebung + isi ikan

selesai tahlil.. baru menjamu selera. menu pon banyak. sedap2 semuanya. alhamdulillah. rezeki bersama
  • nasi putih
  • gulai kambing + buah ara
  • kerabu pucuk paku + rebung
  • sambal belacan
  • acar timun 
  • solok lada
  • ayam masak merah 
  • ikan masin 
  • agar-agar santan pandan 
  • cream puff 
  • air sirap 
  • buah tembikai kuning 

kari kambing campur buah ara. serius. saya baru tahu yang buah ara tu buah tin. rupa-rupanya buah ara ni banyak di tepi-tepi sungai. katanya dibuat mancing. 
gulai kambing 

ini lah bua ara atau buah tin. isinya dihiris nipis-nipis. 

pisang ~ rezeki bersama. dapat sorang sikit selepas gotong royong

kerepek pisang~ dah selamat sesikat pisang dibuat kerepek. Rania lah buat ummi jadi rajin di malam hari. satu hal plak nak menggoreng kerepek. bertahan aja di dapur sambil berdiri, sambil menyagat. penat siang tadi pon belum habis lagi. 

puncanya Rania dah tak sabar nak makan pisang mentah tuh. dok la usung pi mai pi mai. ingat dah masak ke ape! terpaksa lah ummi sagat buat kepek aje.. 

nampak tu. tak dan-dan. ummi baru aje letak atas meja nak makan. tapi laju-laju aje Rania pergi ambil. kengkonon nak makan sensorang, lah! 

sabaq je lah.. 

ape pon terima kasih pada kak dilla dan keluarga atas majlis ini. semoga kalian sekeluarga dimurahkan rezeki hendakNya. aamiin (",) 

pppssttt: suka aktiviti macam ni. kalau belah kedah panggil "PAKAT" .. 
dapat kenal jiran-jiran satu blok. 
boleh kenal-kenal dan dapat mengeratkan silaturrahim, kan! 

macam mana kawasan kejiranan rumah korang. macam ni tak?? 


7 Comments

  1. Nilai murni begini yg kena kekalkan selagi mampu CikSu
    Cantik kerepek yg CikSu sagat manalah Rania boleh sabar, kakak tengok pun macam nak ngap aje:)

    ReplyDelete
  2. sronok kalu kejiranan meriah mcm ni...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah favourite tu kerepek pisang. Sedapnya kalau boleh buat sendiri hihi btw sy blogwalking dan follow blog ni. jemputlah datang blog baru saya :)

    ReplyDelete
  4. Semangat kejiranan yang patut diamalkan.

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)