Tudung kanak-kanak

Cuti-cuti Terengganu- Kuala Terengganu

Petang selepas check in, we all tak ke mana. rehat di bilik sajok. letih dan penat tadi pon belum hilang lagi. baring-baring sambil melayan kerenah Rania ^_~ bilik tak luas mana, so, berlompat atas katil aje lah.. 

Selepas maghrib baru keluar dari sarang. ahahahaha. asalnya nak ke Pantai Batu Buruk. sekali driver tak mo drive. penat katanya. baiklah ~

Keluar malam sekadar mencari sesuap nasi. tak tahu nak menghala ke mana, we all berjalan menuju ke stesen bas Kuala Terengganu. sebelum tu sempat lah masuk ke bangunan UTC Kuala Terengganu. ingat nak makan dekat AP tapi dok pikir macam sama je menu kat tempat lain. so, we all keluar balik pastu terus ke stesen bas. nampak kedai2 makan masih dibuka. angin kuat malam tu. sejuk dan berangin je ^_^ berjalan jauh2 pon tak terasa penat. paling penting ketiak pon tak dan bak basah. erk! 

Just order apa yang masih ada. yang pasti ada order sata. sedap tu sedap dah cuma tak panas. dah sejuk. tak apa lah layan juga lah sebab perut dah lapar kan..

Selesai isi perut, dah kenyang, berjalan pulak ke area Pasar Payang. ada gerai-gerai ditepi jalan dibuka. boleh lah kalau nak beli kudap2 dan buah2 buat makan di bilik nanti. macam2 ada. 

Pastu jalan lagi ke depan, saje nak mencari jeti. ehehehe. nampak nau tak sabor nak ke Redang, kan!! sudahnya sampai separuh aje sebab tak lalu dah nak berjalan ke sana. angin pon makin kuat. dah la payung pon tak dibawa. hujan turun mau menangis tak berlagu di situ. 

sempat bergambar di sini. simpang nak ke Pasar Payang.  

                       

Durian Crepe Lisa RM5/ 3 ketoi
Rania kemain suka dapat makan ni, dia sorang je dok pulun makan. sedap lah kot. hiks


deretan gerai bersebelahan Pasar Payang. terang benderang. pilih apa yang berkenan di hati. hanya makanan ringan macam asam2, kopok2, buah2 dan lain2.. 

selepas meninjau kawasan, terus jalan laju2 balik ke hotel sebab angin makin kuat, hujan dah nak turun. nasib lah sempat sampai hotel. malam pertama di hotel, tidur kami bertemankan hujan renyai2. memang lena sangat lah malam tu. tak sedar langsung. nampak nau cover kepenatan pagi tadi (T______T)

💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤
😴😴😴😴😴😴😴😴😴😴
ppppppssssstttt: tunggu entry pada hari kedua di Kuala Terengganu. ke mana kite!!! stay tuned... daaaaaaaa 


2 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)