Tudung kanak-kanak

Agar-Agar Santan Pandan, Gula Melaka & Sirap Ros

Agar-agar santan yang sedap dan mudah.. saya buat tiga versi sebab kebetulan duduk di kampung.. ada tukang makan.. so, gigih merajinkan diri buat kesemuanya.. tapi tak adalah buat sehari tu 3 jenis terus.. buat tu sekaligus tu tak ada masalahnya.. cuma masalahnya masa nak simpan esbok.. esbok mak kecik je.. bukannya besar.. barang yang dok ada pon dah terlebih muatan... hahahaa.. 

Agar-agar santan gula merah, saya buat untuk mak masa majlis makan-makan cabut kutu.. 

Agar-agar santan pandan, untuk makan-makan di rumah.. rumah mak ciksu ni, sokmo ada tetamu.. deme suka datang melepak di sini.. sembang petang dekat beranda buluh yang ayah ciksu buat bawah rumah belah depan nun.. alang-alang kita jamu jelah deme makan.. sekali sekala orang jauh balik kampung, kan!!! 😂😂

Agar-agar santan sirap buat untuk Rania.. kurang manis sikit yang.. adjust gula je pong.. 😂😂😀

Ketiga-tiga jenis agar2 santan ni saya suka makan sebab rasanya yang lemak-lemak berkrim tu.. nak2 agar-agar santan gula melaka tu. perghhh!! nikmat sungguh kalau dapat makan time sejuk. agar-agar santan pandan pon sodappp. wangi bau pandan tu buat tak tahan nak ngappp sebelum sejuk..

Senang je nak buat agar-agar santan ni. saya ambil resepi di blog kak Kak Naz (Oven Kecil) & kak yatie (sinar kehidupanku).

Apa yang penting, kene baca serta hadam bebetul bahan dan cara buat agar2 santan ni. baru lah menjadi dengan jayanya. walaupon untuk yang pertama kali buat, kalau baca dan ikut arahan seperti kak naz bagitau, comfirm menjadi lah. bila dah menjadi, pastu nak buat lagi, lagi dan lagi. ha ha ha. saya lah tu >_<

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA
Resepi: Naz @ovenkecil.blogspot.com
By: CikSu QasehnyaRania

Bahan-bahan :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka (lebih kurang 250 gm)
Sedikit gula pasir sekiranya perlu
200-250 ml santan pekat (1 cawan) - (Naz guna santan kotak jer & boleh kurangkan kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
Secubit garam
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
📍Masak 1 liter air bersama gula melaka dan simpulan daun pandan hingga gula larut dan tapis. Pastikan jumlah air gula ni menjadi 1 liter ye sebab kadang-kadang jumlah air menjadi kurang ketika proses yang agak lama ketika melarutkan gula Melaka. Kalau kurang, tambah lagi air supaya menjadi 1 liter kembali.

📍Masak air gula yang telah ditapis bersama serbuk agar-agar hingga larut.

📍Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur dan garam. 

📍Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. 

💥💥PENTING!!💥💥

📍Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. 

📍Tutup api.

📍Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. 

📍Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...

TIPS DAN NOTA KAK NAZ:
💥Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. 

💥Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit.

💥Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.

Resepi Agar-agar Santan Gula Merah




Resepi  Agar-agar Santan Pandan


Resepi Agar-agar Santan Sirap Ros



selamat mencuba, sekali cuba pasti nak buat lagi, lagi dan lagi. sedap dimakan. nyamannya tekak ~_^

5 Comments

  1. Gula merah dan pandan biasa juga kakak buat tapi sirap ros belum pernah lagi mencuba
    Cantik kalau merah bebudak mesti suka:)

    ReplyDelete
  2. Nani pernah try buat yang gula merah tu. Sedappp nya agar agar !

    ReplyDelete
  3. sedap tu...orang utara memang kesukaanlah agar-agar lumut ni, wahhh!blog dah matured, lama nau akak tak jalan-jalan sini :)

    ReplyDelete
  4. Ha a....kalau tak kena gaya mmg tak mau santan tu naik kekadang....
    Lama dah tak buat agar agar ni...

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)