Tudung kanak-kanak

Labuan, Kuching, Kuantan dan Besut. Mana best ????


Korang, ciksu nak tanya ni.. kalau lah korang diberi pilihan untuk menetap di antara keempat2 tempat yang ciksu senaraikan di atas, mana pilihan korang ??

Kalau Labuan apa yang best ye? saya hanya tahu Labuan lebey kurang macam pulau langkawi. boleh makan seafood banyak2 lah kot kalau duduk sana. murah tak makan makan seafood area Labuan? kalau ke sana ada kawan menanti.
sape blogger Labuan, tolong ciksu..

Kuching. banyak juge tempat best, kan ! macam macam ada. yang pasti ikan terubuk masin dan kek lapis sarawak menjadi buah tangan lah time balik kampung nanti kan. hihihi. pon ada kawan di sini. so, tak kalut bab tu.

tapi kan antara kedua2 tempat ni, kalau diberi pilihan ciksu tak nak lah ke sana. huhuhu. walaupon dapat berjalan jauh dan dapat tengok tempat orang, tetapi memandangkan usia mak ayah makin meningkat saya makin takut nak pergi jauh2. entah lah.. macam2 yang saya pikirkan.

Kuantan. ada sepupu saya dan suami di sana. keluarga mertua sepupu pon ada di sana. kengkawan pon ramai juge. pa pe hal senang sikit. tempat menarik di kuantan pon boleh tahan menariknya juga kan. cuma dengar dengar kata makanan area kuantan mahal erk. betul ke?

Gong Kedak, Besut. kedudukannya berdekatan dengan Kelantan/ Terengganu. kalau salah tolong betul kan saya ye.. saya lagi suka Besut kot sebab duduk sempadan antara Kelantan/ Terengganu. Besut dalam Negeri Terengganu. Kedua tempat ni banyak tempat menarik dan pelbagai makanan di sana. paling best dapat tengok laut. saya suka laut. hihihi. lagipon kalau kena duduk Kelantan, rasanya tak de masalah sangat, kalau nak ulang balik kampung, kan !!! boleh balik ikut Grik sana. lagi lah dekat dengan Kedah dan Kuala Kangsar. gittewww +_+

Lagi satu bukan setakat nak tau best atau tak sesuatu tempat di atas, kalau boleh, nak tahu juge hospital yang berdekatan di sana. means hospital kerajaan lah. ini perkara penting, senang nanti kalau sakit demam, kan !

So, antara geng2 blogger yang ade duduk di antara ke empat2 tempat di atas. sila komen sikit..

Sekian.
Terima kasih untuk laporan hari ini

9 Comments

  1. Halamak sy org ganu.tp mcm xfamiliar sgt gong keda.tp gong kedak ni dkt pasir putih kan. Betweek ganu & kelate tu. Kalau kuantan rasa dkt dgn kemudahan kot sbb kuantan mcm dh bandar kan. Hehe betul jugak ni kena buat pilihan betol2 ni.

    ReplyDelete
  2. Oh... ada juga Gong Kedak kisahnya di T'ganu ye.
    Kakak tahu Gong Badak aje sebab Unisza di Gong Badak.
    CikSu nak pindah ke?

    ReplyDelete
  3. Ciksu, husband kena transfer ke?

    ReplyDelete
  4. Kalau sayalah, saya pilih Kuching. Sebabnya saya memang suka bandar besar, yang banyak tempat senang nak melenjan ^_^

    Gong Kedak tu saya baru tau di Terengganu, Ciksu. Ke sana pun best juga ya, hari-hari nampak pantai. Makanan pun ohsem ^_^

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ciksu.. Bakal berpindah antara 4 pilihan tempat tu ke?
    kita nk bg pendapat pun tak tahu. Sebab tak pernah pergi tempat2 tu..

    ReplyDelete
  6. ermm...gong kedak ke gong badak?..hehehhe...tak pernah plok dengar gong kedak kat terengganu...

    ReplyDelete
  7. Betul tu Cik Su...mak pun pilih Ganu.... Sama le alasannya makanan kat sana mesti best best dan murah murah kan. Sabah Sarawak tu bukan tak mau tapi kalau ada apa apa hal....lambat pulak nak sampainya. Cik Abang nak kena pindah ke Cik Sue

    ReplyDelete
  8. Alamak.. Empat2 tempat nie saya tak tau..
    Xle nak bagi pendapat..
    Maaf ye ciksu..
    Semoga dipermudahkan urusan ciksu..

    ReplyDelete
  9. Kalau Labuan dia macam langkawi tak besar sangat ...hospital kat sana lengkap juga hospital nuklear...tak jauh juga kalau nak ke kota kinabalu..ada jalan laut dan udara...kalau cik sue nak tanya lebih lanjut boleh pm MV..tapi better 2 tempat yg area semenanjung lah kan...sebab dekat kalau nak balik.

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)