Tudung kanak-kanak

Nasi Ulam, Nasi Kerabu, Ayam Percik juadah berbuka 15 Ramadan

Hye ! Salam 15 Ramadan.. 

masih di KK. ikutkan plan asal, bertolak pagi. tetiba selepas 7 pagi hujan turun selebatnya. kebetulan pulak, malamnya suami terorder doyan dengan adik iparnye. katanya jam 12:00 tengah hari dah boleh ambil doyan tu. sekali dianjaknya kene ambil jam 6 petang. sebab paginya hujan, so, dorang tak naik bukit.

pi mai, pi mai jam 6:25 petang baru gerak keluar dari rumah fil. pastu suami ajak singgah PARAM dekat taman bunga raya, kuale.

jalan-jalan cuci mata. suka ke PARAM sebab nak tengok gelagat orang ramai beli juadah untuk berbuka jek.


menu berbuka kami pada 15 ramadan.. beli nasi kerabu, nasi ulam, ayam percik, murtabak. berbuka dengan kurma, air je dulu. pastu singgah kejap kat hentian simpang pulai makan murtabak. teruskan perjalanan hingga hentian tapah. lama juge rehat di tapah sebab nak solat dan makan. untuk Rania just bagi nasi kerabu + telur rebus + sayur mayur nasi kerabu. nasib lah makcik tu asingkan kuah dan cabeinya. alhamdulillah, habis nasi dan telur rebus tu dimakan Rania. 


aritu masa berbuka dengan laksa, suami ade cakap, die suka makan laksa beras tapi isterinya tak pernah pulak buat sendiri laksanya. maklum lah, orang kuale, kan!! dorang memang makan laksa beras jek. so, beli lah sebungkus laksa beras untuk menu berbuka esoknya.


1 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)