Tudung kanak-kanak

Lauk Pauk Berbuka, Berbuka Dengan Tetamu & Gelagat Anakku.. Rania !!

Hye! Salam 24 Ramadan 

Menu berbuka 24 ramadan | meriah lauk pauknya. masakkan paru goreng berlada, ayam goreng, ulam cabai. sambal belacan memang buat lebih aritu sebab terus blend je. kalau nak tumbuk, kang ke mana lesungnya nanti. maklum lah sejak2 ade assistant ni. ade aje nk ditolongnya. tolong kacau lah. ahaahaha. menu special udang masak lemak dengan kentang untuk Rania. ade juge buatkan puding triffle.

Rania suka nau makan menu yang ade udang ni. alhamdulillah, sejak2 intro udang Rania suke makan udang. alhamdulillah, takde alahan. suke makan adelah. pantang lambat kopek.. "mmmmiii.. daaaanggggg.." selagi tak dibagi berzikir lah situ sampai dapat. selagi tak habis dalam mangkuk depan mata, selagi tu dok ulang minta. bila habis baru dok dendiam. 

tadi berbuka dengan kawan ayah. boleh pulak Rania tak mo makan. ummi terkejut lah juge tetiba tak nak menyibuk, kan. hihii. tapi ummi dah letak sesiap nasi dan lauk bahagian Rania.. ummiayah dapat lah makan tenang2. tenangnya sekejap je lah.. 

rupe2nya ade sebab Rania tak mo joined ummi ayah makan. 

Entah mana Rania dapatkan stok susu kambing dan oat yang ummi isi dalam plastik bawa balik kampung tu. pandai betul mencarinya, dah jumpe apo laei.. punya lah dok gigih selongkar plastik tu buang isinya. habis bersepah atas lantai. dah puas selerakkan, baru datang nak makan. pandai pula "mmiieeee.. angkaaattt.." suruh letak atas baby chairnya. 

dah la petang tadi tolong menumbuk kunyit. ummi nak tumbuk die nak jugak. bagilah chance. baru letak kunyit, die datang dengan senyum simpulnya. nak juge tumbuk. haaaaa tumbuk lah. dah tumbuk, Rania angkat anak batu letak tepi, pastu digolek2kan anak batu tu. kendian die pergi sauk guna tangan siap bertepuk bagai. habis kuning tapak tangannya.. dah puas hati, diterbalikkan lesung batu tu.. baru pergi hall buat aktiviti sendiri.

itu kisah petangnya. kisah pagi lagi syiokk. kebetulan ke kedai bakery beli bahan. entah mana die jumpa manik gula warna warni tu pon tak tau la. padahal ummi tak ambil sebab masih ade balance di rumah. bila minta nak letak tak mo bagi. " nanaak.. nanakkkk.." sudahnya kene lah juge ambil. lepas scan bagi semula ke Rania. minta nak simpan dalam beg pon tak dibaginya. sebab Rania dah tahu, kalau bagi ke ummi, sah2 lah tak kan dapat semula nanti, kan !! ahaahaaaa. bijak  sangat, kan !!! genggam punya erat. sampai rumah, ummi ayah ke hulu ke hilir, entah macam mana, Rania buka sendiri penutupnya. habis di tuangnya atas puzzle mat. nasib lah dok setempat je. kalau ditabur buat baja, mau pitammmm ummi >_<

. keluar dari bilik terkejut ummi nengok. aduh.. duh... dah tuang kemain riuh mulutnya sebut "ijauuuu.. meyah... ningggg, birrruuu.."  pastu dok kutip masuk mulut. ummi cepat2 kutip, simpan. dah puas hati tuang, memang tak tanya dah mana balancenya. 

nampak sangat...selagi tak dapat pegang, tak dapat buat ape yang diinginkan. selagi itu lah tak dibaginya. bila dah dapat, tak kisah dah. sel2 otak tengah berhubung katanya. ummi tengok aje lah. nak gelak, nak gelak. nak marah pon tahannn ggrrrrr aje lah.. hari ni saje da tiga aktiviti yang betoi2 nguji kesabaran umminya.. itu belum lagi kes, dah pandai naik atas sofa pastu lompat. ummi punye risau tengok, die boleh plak dok bantai gelak suke.. 

anak oh anak !!! 

menu pembuka selera. alhamdulillah 

puding triffle ~ sedap dimakan selepas disejukkan

traffic light. merah, kuning, hijau.. tapi tak seimbang.. boleh jatuh bila2 masa. alhamdulillah, Rania dah kenal warna2 ni.. pantang nampak lelaju sebut.. hasil aktiviti homeschooling mewarna.. 


11 Comments

  1. Senang umi ada assistant skrg...
    Sedapnya puding triffle tu..

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya kak..maaf zahir dan batin ye kak..esok yaya balek kampung da..doakan ye...

    ReplyDelete
  3. cntik betol puding triffle tu..
    =)

    ReplyDelete
  4. Hihi.. kakak ni kalau nak banding menu Ciksu dgan kisah Rania kakak lebih interested baca kisah anak dara CikSu yg semakin ligat-bijak. Tapi baguslah CikSu bagi Rania ikut sama ke dapur daripada dia main jauh dari mata kita tak nampak. Dah kenal warna lagi..

    Kakak ingat tak ikut makan sebab ada org lain, kisahnya ada agenda lain:)

    ReplyDelete
  5. seronok dengar rania suka makan..
    aisyah saya tak nak udang, taknk sotong,,mujur nak ikan ayam..
    pantang lauk pelik sikit, langsung tak dijamah

    ReplyDelete
  6. Alahai rania bijak sungguh..macam2 dia nak explore.bagus kan tandanya sel otam tengah berhubung..

    Rania sama macam kak pia..suka udang.hehe

    ReplyDelete
  7. Wah cantik puding triffle tu.

    Itulah kadang rasa nk marah bila ank buat mcm tu, kadang nak gelak sbb panjang sangat akalnya tu kan..hehehr

    ReplyDelete
  8. Puding tuuuu mcm sedap ane tau

    ReplyDelete
  9. Mana entri Raya ni?
    Cik Sue....mak tak pernah lagi buat Triffle tu sedap ke?
    Gitu namanya anak Cik SUe. Ada aje akal dia yg boleh buat kita gelak. Nak marah pun tak jadi

    ReplyDelete
  10. rania sama mcm syamii suka sgt kat udang..lepas tue kalau bab brg pandai jer nyelongkar peti ais..habis serbuk chese d makan

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)