Tudung kanak-kanak

Kad Raya Pertama

pagi tadi ade baca entry mommy D, pasai keterujaan beliau dapat kad raya. memang betul lah, zaman sekarang ni makin jarang kenalan kita hantar kad raya, kan?? berbanding zaman sebelum adenya media sosial seperti sekarang.  

bila dapat kad raya, selepas baca korang buat ape dengan kad2 tu? kalau saya dulu selepas selesai membalas kesemua kad raya yang dapat, saya akan gantung cecantik dekat dinding rumah. tak pon kalau nak lagi menarik, boleh je gantungkan pada pokok hiasan. cari ranting2 pokok, kendian pacakkan dalam pasu. pastu gantung lah kad2 yang dapat tu. macam sepupu saya buat. pon cantik, menarik di pandang. 

kenape cerita bab kad raya ni!! haaa. ni nak habaq mai.. ceq pon dapat juge kad raya. hiks. pengirimnya semestinya lah orang yang sama kirimkan kad raya pada mommy D tu :D 
siapa lagi kalau bukan YY. terima kasih diucapkan pada YY kerana mengingati saya di sini. 
walaupon saya jarang sekali ziarah ke sana. hu hu hu. 

inilah kadnya. terima kasih daun keladi.. Rania lah paling teruja bila di buka sampulnya. 
"babbbbbyyyyy.. babbbyyyy.." 



12 Comments

  1. rindunya saat terima kad raya ni...
    klau dulu siap gantung lg kan...

    ReplyDelete
  2. rindunya saat terima kad raya ni...
    klau dulu siap gantung lg kan...

    ReplyDelete
  3. Singgah sini ... selamat berpuasa

    ReplyDelete
  4. terujanya.. lame tak dapat kad raya huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. Wah dah dapat kad raya. Syoknya.

    ReplyDelete
  6. Dah beberapa tahun kot tak dapat & tak memberi kad raya.. huhu.. best ciksu dapat kad raya..

    Selamat berpuasa ciksu.. :)

    ReplyDelete
  7. Sekarang lebih ramai yg suka guna gadjet utk memberi ucapan
    Sebab itu bila dpt kad YY memang happy kan CikSu

    ps: Bapak kakak tak duduk kg lagi dah CikSu. Ikut anak-anak aje. Mana anak yg dia nak ikut kita hantar. Dah uzur dah CikSu.

    ReplyDelete
  8. Memg kad raya nih semakin dilupakan

    ReplyDelete
  9. Tu la..dulu masa sekolah bbelibanyak2..Hahaha..nad pun baru dapat daripada blogger semalam

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)