Tudung kanak-kanak

Kesan Buruk Menengking Anak


nampak remeh, kan !! tapi anak anak akan simpan apa yang kita marah/ tengking tu pada OTAK KIRI. kalau dah terlanjur marah/ tengking si anak, memalam sesambil tidurkan anak, saat si anak tengah mamai mamai tu, boleh lah kita bercakap cakap dengan si anak. cakap dengan penuh perasaan kasih & sayang. minta maap di atas keterlanjuran kita tu. di saat ini, walaupon anak anak dah mamai tapi OTAK KANAN masih bekerja sedangkan OTAK KIRI dah pon dibuai mimpi nan indah. ketika ini juga, anak anak akan faham dan ape yang kita cakapkan tu, mudah diterima. in shaa Allah. 

iolls ni pon manusia biase, tak lari daripada melakukan kesilapan. kekadang tu ade gak "termarah". bukan niat di hati nak "termarah" pon. maklum lah keje banyak, kekadang "terstressssss" itu yang "terlepas".. huhuhuu.. tapi betul lah bile anak tidur, pandang wajah die.. mula lah timbul perasaan sedih dan rasa bersalah pada anak. memang menyesal habissssssss dengan apa yang dah dibuat tu.. pendek kata kene control diri.. kena wat lek wat peace jek bila tengok anak buat sesuatu.. sesuatu tu means benda yang tak memudaratkan lah.. janganlah kalau buat benda pelik depan mata, nak tengok je kan.. tegur dengan baik, berhemah dan yang penting tak guna perkataan "JANGAN".. sebab bila kite guna perkataan "jangan" tu rasanya, anak2 lagi memberontak, kan !! die rasa tak puas.. lagi sebut "jangan" lagi tu die nak buat.. 

setakat sepahkan menan penuh hall tu apeadehal, kan .. just minta "tolong" anak kemaskan.. selesai masalah.. caranya mak kene la ajar anak.. pastu anak ikut. kalau hari hari buat bende yang sama, in shaa Allah.. mesti boleh.. 

tapi alhamdulillah.. setiap malam akan baca surah surah ini buat anak solehah Rania..  

selebihnya akan berzikir, baca surah2 atau berselawat.. mudah mudahan diingati bila besar nanti.. aamiin..

ummi kene belajaqqqqqqq bersabaqqqqqqq... nak nak di usia Rania sekarang. semuanya nak kene dijaga. baik dari segi pertuturan atau perilaku. mudah aje ngikut ape yang kite buat. ayah Rania sokmo pesan "jangan tengking/ marah anak, nanti anak mengikut.." 

 so, jaga jaga.. ade yang memerhati.. hiks ;-)

in shaa Allah kene tambah ilmu baca tentang fungsi otak kanan dan otak kiri lagi :-) 

buat masa sekarang, memang tengah  ajar Rania bermain sambil belajar.. antaranya aktiviti merenyuk kertas, mengoyak, menggunting & menconteng.. aktiviti2 ini bertujuan untuk melatih otot tangan memegang pensel serta melatih otak kanan.. bab menconteng, melukis memang win lah. habis dah sofa, meja, buku.. ade je hasil seninya.. tengah seronok berkarya.. hiks. buat lah.. ape pon.. ummiayah 👨‍👩‍ sayang Rania 👧
muuuahahhhciked 💋💋💋 


5 Comments

  1. untuk seusia rania bab conteng n mengoyak tue mmg paling depa suka

    ReplyDelete
  2. Nama pun manusia..mana dpt lari dari naik sora kt anak..bila nk share aktiviti rania ni.hehe

    ReplyDelete
  3. Dah namanya anak, Ciksu. Marah bukan tanda tak sayang. Asal jangan naik tangan melampau sudahlah. Mendera pulak jadinya nanti.

    Anak-anak ni memang kita suka sangat tengok keletah mereka cuma bila kita sedikit kepenatan, kesibukan, masa itulah perasaan amarah tu sukar nak kawal. Adakalanya kita marah pada diri sendiri/pasangan tiba-tiba anak-anak yang kena!

    ReplyDelete
  4. nice sharing ciksu, kadang2 akak ni terlepas juga marah bila perangai anak2 ni melampau sangat, haih...tau bersalah tapi tu lah kadang tahap kesabaran tu takleh nak kawal dah ha

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)