Tudung kanak-kanak

Donut Lembut Di Mulut, Mudah Di Buat..

sebelum ni suka guna resepi donut yang INI tapi sejak2 jatuh chenta dengan resepi donut yang lembut dan lagi mudah untuk dibuat ni,  maka iols lebih suka ulang guna resepi ni jek

 nak2 berdua aje di rumah ni melainkan kalau balik kampung, baru guna resepi yang first tu. boleh buat banyak2 sebab ramai di kampung. so, leh makan pepuas (",)

bukti donut ni lembut, tengok lah ni.. ghope donut macam biasa lah, ada yang cun, ade yang terlebey cun. hiks. ikut mood time menerapnya.

ayak gula aising jek.. minum dengan kopi o panas atau teh o lemon.. nyumm.. nyummm

tapi uols jangan tak tau, iols lagik suka makan donut cicah sos cili. ha ha ha. memang peberet dari dulu gituu.. pelik tapi benar.

cik abe yang suka nau makan donut

frozenkan separuh


dapat lah 20 biji sekali uli.. balance tu buat donut kecil, dapat lah 5 biji.

ini resepi donut lembut & mudah dibuat



Sumber: Mamasya

Bahan-bahan:( 20 - 25 biji )

3 CWN tepung gandum
1 CWN air suam kuku
2 SB mentega
6 SB gula pasir (letak 3 SB je)
3 SB susu pekat manis
1 paket yis (jenama mauripan)
1 biji telur

Cara-cara:

Cairkan mentega dan ketepikan.

Gula dan susu disatukan  dalam air suam, kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi. Biar 10 minit.

Pukul telur dan campurkan dalam mentega cair tadi.

Selepas 10 minit yis akan berbuih, masukkan  mentega yang dicampur telur tadi. kacau.

Masukkan campuran yis kedalam mangkuk yang berisi tepung gandum, gaul sebati dengan senduk kayu. biar adunan lagi selama 45 minit.

Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.(adunan memang agak lembik). ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan atas papan pencanai. tekan acuan donut yg telah dicelup sedikit tepung.(ini utk buat bentuk ring donut)

Sediakan minyak untuk menggoreng. gunakan api sederhana. alih selalu supaya dapat warna yang sekata. setelah agak kekuningan bolehlah diangkat.

Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice..

8 Comments

  1. Assalam.. tq share , mmg suka donut2 ni but KA prefer w/o sugar but anak2 suka dgn coklat he3

    ReplyDelete
  2. Rajin ciksue..daj cik abang suka makan boleh la buat selalu.cik ang kite tak suka donut.hehe..laam dh tak buat.dok beli je..klu berasa nk mkn br sy buat

    ReplyDelete
  3. baca cam sng je...huhu..sy pernah try dulu, x jd...nak cuba resepi ni lak la..

    ReplyDelete
  4. Donut cicah sos. First time ni dengar,Ciksu. Memang pelin tapi dah terbukti benarlah ya!

    ReplyDelete
  5. Lama tak mendonat Cik Sue....Sekarang ni mak tengah sawan malas....so apa pun malas haha

    ReplyDelete
  6. Kita suka sngt donut. Tp blm ada pluang nk menguli. Gebunya donut ciksu buat.

    ReplyDelete
  7. senangnya buat dia. tetiba terasa nak terajin pulak ekekeke

    ReplyDelete
  8. rajin aih ciksu ni membuat kuih,sedap nampaknya tu ha

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)