Tudung kanak-kanak

Air tak ada la pulak tapi masak tetap masak

tetiba je tak ada angin tak ada khabar, boleh air tak ada malam semalam. langsung tak dapat notis pape. exlist boleh la buat apa yang patut, kan !!! (",) nasiblah kami sentiasa simpan air. nak2 bila dah ada anak kecik ni. tahun 2015 awal februari dah tak ada air. tahun 2014, kerap sangat. tambah pulak tengah pregnant masa tu. sabaq je lah ^_^

makin kusut sebab hari rabu ni, ayah rania nak ke ipoh, ade meeting di sana.. 3 hari 2 malam. alahai.. jalan penyelesaiannya, ayah rania soh balik kampung.. katanya ambil masa maybe 1-2 minggu juga nak baik pulih tangki besar nun di bawah sana..

tapiiiii..

memandangkan hari isnin (29/2) ada appoinment rania, daku cadang alang2 tunggu aje lah ayah rania balik ke sini dulu. tengok macam mana nanti. perabis bulan Februari. senang, pastu kite citer lain. sebolehnya tak mo la tukar2 tarikh. jadi lambat pulakk nanti..

setakat duduk berdua dengan rania in shaa Allah cukup bekalan air yang ada ni. syaratnya kena berjimat dan guna ala kadar aje lah. untuk yang penting2 sudah.

tup-tup selepas asar, air ada kejap. sempat la top up yang mana perlu. cuci apa yang patut. laju2 buat kerja dan mandi sesiap. tengah sedap tahan air tetiba perlahan lahan lahan.. habissss. nasib sempat buat semuanya..

lupakan sebentar masalah air..

walaupon air tak ada, masak tetap masak. untuk rania. masak simple2 asalkan dari air tangan umi. untuk umi, apa yang ada makan je.

just rebus2, bakar. senang dan cepat. dapur pon tak berkecah. masak

- nasi
- sayur tauge masak lemak
- ayam pandan

sayur tauge bukannya rania makan pon, gigit, kunyah, buang. suka carrot dengan kuah aje. masak untuk rania mesti ada kuah2. sebab rania suka hirup kuah. tapi kalau umi kunyah sesiap, suap ke mulut rania, laju je dia makan. hari ni makan bersuap. makan sendiri kang banyak yang bersepah. mana nak ngemas lagi dengan air pon tak ada. jalan selamat suapkan aje. senang ^_^


didihkan air + bawang putih + lobak merah + tauhu. masukkan santan + tauge + habbatus sauda. siap


ayam perap dengan bawang putih yang ditumbuk + lada hitam + kunyit hidup + minyak zaitun + balut daun pandan. bakar dalam pemanggang ajaib. Tak nak bakar, goreng pon boleh. Terpulang.

~done~

13 Comments

  1. kalau syamimi paling febret syur taugeh..ayam tu nmpk sedap

    ReplyDelete
  2. wah..sedapnye mknn rania..huhu..boleh try untuk adam ni..ayam adam mcm tak berapa suka sgt la..masuk mulut dia kuarkan blk..

    sy buat aiskrim sbb adam suka mkn aiskrim..huhu..sama2 mkn la tu :p

    ReplyDelete
  3. Bila takde air la perkara pling tak suka. Yela, bnyk bnda nk dibuat guna air kn. Mcm ciksu tkpe lg tingkt 1. Kita ni tingkt 4, jnuh la ayh zara ni angkut air. Hee

    ReplyDelete
  4. Nmpk sedap aym pndan tu ciksu.. Terliur dibuatnya.. Hee

    ReplyDelete
  5. pandai sue siapkan menu kurangkan guna kan air....tu laa payah kan sue kalo takde air nieh...lagi2 dgn anak kecik ni haaaaa...kalo berak tu azab hahahahahah.... kalo kene kat umah akak mmg naya sbb akak takde simpan2 air mcm org selalu buat...mentang2 dok putrajaya amik jalan senang jek akak nieh..... tapi biasenye area presint 11 yg terjadi takde air ni tapi tak selalu lah.....

    sue akak takpenah buat toge masak lemak...dah 2 blog arini akak bace menu toge masak lemak nieh....weekend ni nak beli toge n buat leee heheheeh

    ReplyDelete
  6. Susahkan Ciksu kalau takda air. Lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil. Akak ni memang bercintalah kalau buka paip air tetiba tengok air tak keluar. Yang lagi best, kalau kita tadah air sebanyak-banyaknya, takdalah pulak air tutup. Bila kita gunakan air yang ada tu sampai habis, tetiba pulak air tutup! Stress!

    ReplyDelete
  7. sayur kuah santan-santan ni memang budak-budak suka, anak-anak akak pon, sayur campur pon akak suka santankan juga kuahnya.., goreng ikan bersambal ke sos pulak..laju diorang menambah :)

    ReplyDelete
  8. macam akak hari tu la..balik rumah kepong je tetiba takde air...last2 terpaksa check in...tak de la nak balik ke seremban semula kan

    ReplyDelete
  9. air xde payah betul nak buat keje...terbantut!
    tapi makanan rania tu sedapp

    ReplyDelete
  10. dalam takde air masak kemain..kira hebat ni masakan bukan simple lagi.hehe..checkup rania tu boleh kan buat dikampung je..ciksue tak pernah ye..macam kita menumpang la kt klinik kmpg..tp klu takmau renyah..nk tukar2 tarikh leceh kan

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)