![]() Berkat Madinah dari jauh tahu ni pon kebetulan tersembang dengan kawan ciksuami. tertanya dia kot2 tahu kedai arab yang jual habbatus sauda. kebetulan stok habbatus sauda rania habis. merata cari tak jumpa. sebelum ni beli di Aeon Big Wangsa Maju, tapi selepas direnovate, tak jumpa pulak kedai yang beli tahun lepas :'( sekali dia bagitau dan tunjukkan pada ciksuami kedai yang selalu dia pergi. alhamdulillah, rezeki2. padahal dia baru je duduk area ampang. sekarang dah pindah ke terengganu. sejak2 dah tahu, boleh dikatakan selalu jugak kami ke Berkat Madinah untuk membeli rotinya yang lembut lagi sedap dimakan. dah la murah2, memang berbaloi2 la kalau beli banyak2. roti tu sebelum dimakan golek2 kejap dalam pemanggang ajaib. baru terasa. nak2 bila dicicah dengan kari ikan/ ayam/ kambing. sedap hingga menjilat jari. hikhiks. Berkat Madinah menjual pelbagai jenis roti arab, kurma, kekacang, buah zaitun, minyak zaitun, keju, yogurt, madu dan lain2 lagi. meh la layan gambar2 yang ada... |
![]() |
Berkat Madinah dari dekat |
![]() |
gula-gula yang selalu dibawa balik oleh jemaah haji buat saudara mara pon ada dijual |
![]() |
pelbagai jenis kurma, buah tin, aprikot dan kismis |
![]() |
pelbagai jenis kekacang ada. boleh pilih mana yang berkenan dihati. |
![]() |
jus delima asli. sebotol seploh hengget. masam2 gituu. original tau. diperah di situ juga, siap bagi rasa lagi. |
![]() |
ada baklava, kek badam, kek buah pilih yang mana berkenan dihati |
Sape2 nk pergi kedai Berkat Madinah nie boleh la pergi sebab barang2 dia pun murah2 juga. bagi kami memang sangat berpuas hati, ramai juga orang melayu yang membeli barang keperluan dekat sini. selebihnya, geng tok arab yang tinggal di kawasan sekitar, sampai habis la roti2 arab tu dorang borong :')
Alamat Berkat Madinah
Berkat Madinah
17-L1,Jalan Ampang Putra 6,
Taman Putra Suliman,
68000 Ampang, Malaysia
12 Comments
Wahh.. baru tahu! thank you for the info :)
ReplyDeletesalam kak patut macam pernah denagar pernah masuk tv rasanya
ReplyDeletewahh nak pegi la sebab dekat dgn rumah
ReplyDeletebesar kdai tu..tp jauh lah pulak dr umah..huhu
ReplyDeletebestnya .macam2 ada :)
ReplyDeletewahhh.. bestnyaa kedai tuu.. macam-macam ada :D
ReplyDeletebest nyer...akak punyer kurama pun dah nak habis..
ReplyDeleteMeriahnya ciksu dlm kedai tu.. Seronok mata melilau cari brng. Hihihi..
ReplyDeleteuntunglah ciksue boleh selalu kekedai arab yg jual segala keperluan brg dr arav..geram je tgok jus delima tu..pastu kekacang semua..roti plak..nujuq ja jauh..klu dekat dh ajak en suami p.hehe
ReplyDeletewowwwww menariknya barang2 dalam kedai. kalau pegi belah sana nak ajak suami singgah situ jugak la
ReplyDeletemenarik barang2 yang dijual disitu, tapi mcm jauh pulak akak nak pegi ke ampang nun..
ReplyDeleteada jual rempah nasi arab x?? lepas ni boleh makan nasi arab kat rumah .. bgs jugakkan ada kedai mcm ni.. mcm terasa² nak kemekah.
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)