Tudung kanak-kanak

Solid Food: Puri Mangga


puri mangga pon Rania suka. mudah kerja umi, nak ;) apa yang disuap terima seadanya. kemain suka pulak tu. 

untuk buat puri mangga, umi guna mangga yang dah masak ranum. so, selepas dicuci, kupas kulit, potong & kisar. sangat mudah untuk disediakan.

tapi, kan.. ada la seseorang ni tegur.. katanya jangan diberi sangat buah-buahan kepada anak/ bayi. saya tak pulak tanya kenapa. lagipon buah2an just manis buah, bukan manis gula. konfius jap ×_×

cuma yang saya perasan, salah satu puncanya, dia ingat saya bagi Rania makan sebiji mangga tu sekaligus selepas dikisar. padahal dia tak nampak yang saya dah bahagikan puri mangga ke beberapa bekas baby bullet yang lain. pastu ada yang masuk perut saya setengah. semestinya. hikhiks ;)

itu pon ada juga yang letak dalam baby bullet kadang Rania tak habiskan pon. bila Rania dah menolak bila disuap, umi la yang kena perabihkan. 

 tiada istilah paksaan masa saya kenalkan Rania dengan Puri Sayur atau Puri Buah. 


11 Comments

  1. Sedap tu mangga manis dijadikan puri. Anak suka bg je..xyah fikir apa orang yang tak alami tu 'amik berat'.

    ReplyDelete
  2. sedapp..ini bukan baby je suka ni,mak baby,abang baby,ayah baby,kakak baby sume suka..hihi

    ReplyDelete
  3. cantik la kulit si comel rania ye sayang..makan puri sayur dan puri buah..alhamdulillah..aunty nak sikit boleh rania sayang..

    ReplyDelete
  4. bagus kenalkan anak dengan solid food cam gini... daripada bagi gula dan garam... biar anak dapat manis dan masin tu dari buah2an, sayuran dan natural food yg lain...

    ReplyDelete
  5. Mangga mesti sedap di buat puri.. org dewasa pun suka mangga..budak2 lagi lah ye sis.. good girl btl Rania sedang nak bg makan kan...:)

    ReplyDelete
  6. Mangga memang sedap..manis buah apa salahnya makan lebih pun..cakap org tak payah ledulikan la ciksue..kita tahu apa yg terbaik untuk anak kita

    ReplyDelete
  7. puri buah dengan sayur la kena bagi anak makan. biar dorang berkenalan dengan buah2an sayur2an. bila tak dikenalkan dari awal nanti mula timbul anak takmo makan sayur, takmo makan buah. dan jadilah sembelit huuuuuu

    tapi memang kan. bila buat puri anak. setengah dari buah tu memang masuk perut kita. kita yg kenyang hahahaha

    ReplyDelete
  8. Mcm sedapppp aje...ni kalau saya yang buat,...mau saya dapat satu...hahahah

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)