#entry trowback lagi. kejadian semasa Rania di usia 2 bulan..
lepas kena cucuk 3 serangkai, alhamdulillah Rania tak demam tapi kena selsema. 2,3 dok peghati tengok, tak makin baik malah makin menjadi-jadi pulak. memang kesian sangat-sangat. kalau boleh diganti dengan saya, nak je ambik.. tapi apakan daya.. Allah nak uji umiayah masa tu.. nak tengok sejauh mana kami mampu hadapi saat begini bila ada anak kecil..
bawa jumpa doktor, doktor cakap OKJe.. lega sikit kerisauan yang dok bersarang 2,3 hari sebelum ni. doktor bagi ubat titik ni. fungsinya untuk membuka rongga hidung supaya bayi boleh bernafas. lagipon anak saya masa menyusu okje. so, doktor kata tak teruk sangat dan normal. cuma selsema ni mengganggu tido Rania sebab pernafasan dia terganggu.. itu yang jadi tak selesa. kita yang tengok lagi tak selesa.
cara gunanya just picit waktu anak tengah tido.
oh ya, sebelum bawa jumpa doktor, cik abe ada juga pergi farmasi nak cari alternatif nak bagi dekat anak tapi rata-rata farmasi tak nak jual sebarang jenis ubat jika bayi dibawah umur setahun ke bawah. sudahnya ahli farmasi tu yang cadangkan supaya berjumpa dengan doktor ni.. siap bagi alamat sekian, sekian..
inilah dikatakan pengalaman. bila dah lalui baru tahu.
selepas guna ubat tu, macam ok tak ok je..
cari lagi penyelesaian.. cuba sedut hingus anak guna mulut, tapi tak terdaya sebab napas tak berapa nak panjang.. pastu rasa macam tak berapa nak bersih sangat kan bila guna kaedah tu..
sudahnya cuba cari alat sedut hingus ni JJ. nasib ada..
sangat senang nak guna dan dicuci.. masa guna alat ni anak saya okje.. serah diri bulat-bulat :)
selsema tetap juga ada.. waktu malam saya sapu minyak bawang putih dekat dada dan belakang.. dapat juga tido lena..
sebenarnya saya tak nak pon guna ubat yang doktor bagi tu. puas pikir, masa tu nak letak apa untuk hilangkan selsema. lama2 baru teringat nak letak kunyit hidup. ini pon saya tak ingat kat mana saya baca pasai tips ni. ye la dulu2 kan selalu singgah. kiranya kunyit hidup ni berfungsi untuk mengeringkan hingus tu.. cuba tenyeh kunyit hidup yang diasah belakang lesung batu tetiap malam, pagi, petang..
caranya ambil kunyit hidup tu kendian, gesek2 kat lesung batu bagi keluar air kunyit. pastu sapu dari ubun-ubun turun ke batang hidung anak.. in shaa Allah.. tapi memang kena bertabahlah sebab habis kuning hidung anakku :)
nampak ada perubahan.. hingus dah mula jadi kerak-kerak gituuu.. dah nak mula kering la tu kan..
kawan cik abe ada juga suruh belikan vicks untuk bayi yang tudung warna pink tu.. pon beli juga.. buat spare sebab bau vicks kan kuat.. takut anak tak selesa..
alhamdulillah.. selepas cuba kesemuanya tanpa putus asa.. selsema beransur hilang.. anak pon dapat tidur lena.. nak-nak mak paknya pon dapat tidur lena juga..
12 Comments
Hihi.
ReplyDeleteNice sharing sis .
Berguna ni untk masa dpn huuu
anak kalau selsema mmg susah nak tidur dibuatnya... kesian kat dia... kesian gak kat org yg tukang jaga... saya pun biasa letak kunyit je... mmg cepat reda selsemanya..
ReplyDeleteItulah perasaan seorag ibu bila anak kita sakit, memang tak sanggup nk biar anak tanggung sakit tu..rela kalau kita yang sakit.. Wajah Rania kat sini nampak macam sama sangat dengan uminya, ai anak umi ke ni? ke manja sangat dengan abah...bgus ciksu usahkan cara gini, elakkan bagi anak banyak ubat klinik dengan usia 2 bulan masa tu.. kawan akak ada sorang haritu masa anak 3 hari dah kena masuk wad, diberi antibioik 3 hari...sian dgr, tp macam mana sb anaknya lahir hari kedua tu dah kena demam, terpaksa relakan masuk antibiotik 3 hari masa tu..
ReplyDeleteguna kunyit memang sllu dengar..
ReplyDeletedulu2 masa abang Pae kecik2 bila selsema dn hingus, babah dia suka sedut...huhu..
kak baru tau ada alat sedut hingus ni sis... hihi
Alhamdulillah afia tak pernah sakit teruk..dia pertama kali demam pun masa umur 9bulan.lepas tu memang kerap juga demam hampir setiap bulan..risau juga..tp demam biasa takdalah teruk..sekarang Alhamdulillah ok.selsema pun tak teruk
ReplyDeleteSy klu anak selsema biar dia baik sendiri je..ntah tgok alat yg sedut tu macam takut je nak guna.hehehe
lupa pulak. aritu rania demam ek? ntah2 dia nak tumbuh geraham kot. uwais pun masa nak tumbuh geraham demam byk hari jugak. tumbuh gigi biasa alhamdulilah sihat walafiat.
ReplyDeletememang farmasi takmo bagi ubat untuk bawah dua tahun.dorg takmo ambik risiko
Tq kongsi tips akak...mana tahu berguna akan datang kan n
ReplyDeletehehe demi anak, semua cara pun mau dicuba kan.. hehe
ReplyDeleteBaru tahuu. Tq ciksu :D
ReplyDeleteGood info. Memang kesian klo baby kena selsema nih.
ReplyDeletesusah hati kalau anak xsihat kan.. macam2 cara cuba..
ReplyDeletebetul tu ciksu guna kunyit untuk anak yg selsema...iliadin tu akak guna juga dulu
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)