Tudung kanak-kanak

Resepi Ketam Goreng Telur Masin

 11 ramadan 1436H..

ini menu bersahur. gigih bangun seawal pagi nak masak jugak-jugak ketam goreng telur masin ni. asalnya nak masak waktu berbuka. memandangkan tak sempat dan nak pergi berbuka rumah mak sedara, so, lupakan sekejap. balik malam tu teruih lelaju siapkan bahan tumisan. pastu tidurkan rania. sekali dengan umi pon lena sekali. hiks =p



bahan utamanya mestilah ada ketam, kan ! ketam yang comel-comel. sepinggan 10 hengget. 

sebelum tu nak kredit resepi ni ahkak khaty jem.. memang terbaikkkk :) uols pon kena cuba masak ketam goreng telur masin ni..


telur masin secukupnya. stok telur masin di kampung banyak. kalau beli di kedai sebiji 70 sen. tapi bila beli di pekan nat. 5 biji 4 hengget.

bahan tumis. bawang merah + bawang putih (dah lama tak masukkan sekali bebawang ni) + daun kari + cili padi

gambar selepas masak, non hadoo. tak dan dah. kalut nak bersahur. huhuhu. 

caranya....



  1. siang ketam. belah dua kendian. goreng ketam yang digaul dengan lada sulah, garam dan tepung jagung. ketepikan.
  2. kendian gunakan butter, tumis bebawang, dah layu dan wangi masukkan cili padi dan daun kari. kacau-kacau. 
  3. masukkan telur masin merah dan putih. kacau bagi rata.
  4. masukkan susu cair secukupnya.
  5. perasakan dengan gula dan lada sulah sesedap rasa.
  6. masukkan ketam yang digoreng tadi. kacau balik bagi sekata. tutup api.. 

teringat-ingat ketam goreng telur masin ni. pepagi buta dah menggigit ketam. ayah kata ni sahur paling lama. hahahaha. tengok makayah, adikadik, cik suami makan berselera je. saya jamah sikit je tak dan nak kekoh lelama, tetiba rania jaga la pulok pagi tu.. 


menu berbuka puasa pada 11 ramadan 1436H hanya masak nasi pastu makan dengan sup daging bekalan dari kampung. daun sup pon tak dan nak potong dah. makan ala kadar just buat sambal kicap je. 

ps: nanti nak buat lagi la. pestime buat ketam goreng telur masin sendiri. selalu order di kedai je. hiks :) 






12 Comments

  1. Tak pernah cuba resepi lain . Kalau ketam mesti Ros buat masak lemah cili api atau goreng je.. Nanti bolehlah cuba ni!

    ReplyDelete
  2. macam sedapp je ketam goreng telur asin ni.. salunya kt buat yg guna cili kering tu ...

    ReplyDelete
  3. Dulu en suami niaga ikan byk la dpt ketam free.la ni tak ada dh ciksue.nkkn kna p carik kt tg dawai murah n besaq2 sket..

    Teluq masin kedai runcit sni sebijik 9kupang tau

    ReplyDelete
  4. dh lama teringin nk buat tp x tbuat :p

    ReplyDelete
  5. wahh makan ketam pepagi sedap juga tu...

    ReplyDelete
  6. sedap nyer...
    aida x pernah masak ketam.
    tak pandai!

    ReplyDelete
  7. Ketam ni favorite saya tapi yang selalu masak, masak lemak itu ajelah. Sedap juga ya sesekali tukar menu. Ketam goreng telur masin ni memang tak pernah cubalah.

    ReplyDelete
  8. sahur paling meriah ni. pepagi dah makan ketam telur masin hihihihi

    saya teringin nak makan tapi tak reti siang ketam wuuuu

    ReplyDelete
  9. dh lmaaaaa salin resepi ketam telur masin tapiiiiii smpi lani x penah buat lgi

    ReplyDelete
  10. sedapnyer...tapi Sal takleh dah makan seafood

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)