Uols pandai balut ketupat daun palas tak..?
Saya boleh balut ketupat daun palas ni cuma tak berapa nak kemas. kalau kat kedah atau dalam family saya, arwah tok saya balut ketupat palas memang kemas & padat. turun ke mak saya & adik beradik perempuannya. semuanya balut kemas2. dari arwah tok ada lagi saya dok belajar balut ketupat palas ni, sampai sekarang tak pernah lulus. muahahaaaa. kalau lulus pon setakat dapat buat "ketupat jantan". bentuk tak cantik langsung. pastu nanti kalau rebus takut air termasuk dalam kelongsong. habis la kan ketupat palas tu nanti lembik..
Kalau buka daun palas, kendian kita balut daun palas untuk dapatkan bentuknya sebelum isi pulut, kita panggil "ketupat jantan". kalau dah isi pulut, kendian nak balut semula panggil "ketupat betina".. hahaaaa.. ! macam2 la panggilan kan ^^
CARA NAK BALUT KETUPAT DAUN PALAS
Caranya:
1. Ambil daun palas, simpulkan menjadi kon..
2. Kemudian isi pulut ke dalam daun palas.
3. Kemaskan simpulan daun palas. Ulang proses sehingga pulut habis.
4. Rebus ketupat yang siap dalam periuk. letak air, tutup periuk. air pandai2 la agak dengan kuantiti ketupat tu. selalunya kalau nak tau masak ke tak, tunggu sampai air kering. pastu akan ada bunyi.. ini cara mak saya la kan. lain orang lain caranya. ye dok..!
Isi pulut padat, balut pon kena kemas. jangan main balut je. kang air termasuk pulak..
Ketupat palas yang siap dibalut
kena balut kemas2 setiap bucu supaya air tak serap masuk masak merebus nanti..
lebihan tangkai daun palas tu boleh potong, kendian buat lapik dalam periuk sebelum merebus..
jemput makan ketupat daun palas di hari raya kelima >_<
ppssttt: gambo lama ni itu pasai pakai watermark lama.. bolehla erk..!
14 Comments
Sedapnya..
ReplyDeleteAsslmkm ciksu.. Mak kta kn suka sesangat dengan ketupat ni tau.. Fav dia blh dikatakan.. Tp tu la.. Susah nk jmpa.
ReplyDeleteCN mmg tak lepas lagi membalut ketupat..takmo ler,snggup msak rendng lgi..lg senang ! hehe
ReplyDeleteBuat sendiri lg feeling bila mknkan QR... sedapnya nmpk...
ReplyDeletehahha mmng tak pandai ler..pandai makan je ;p
ReplyDeleteTak retilah cik sue nak buatnya .....makan taulah ....hehe
ReplyDeleteTapi Raya ni belum dpt makan ketupat palas ni lagi. Pernah order dgn member org Ganu....dlm dia ada serunding....sedap sangat!
pandailah kak su buat..
ReplyDeleteCiksu nak tahu, Ros balik kampung mertua baru ni, Ros belajar buat ketupat sendiri tau. hihi.. first itme ok buat.. seronok je rasa bila buat, menjadi :)
ReplyDeleteciksue...hanya org2 yg terpilih je yg pandai buat ketupat pals ni..macam kita..haha tetiba
ReplyDeleteraya ritu kami baru first time buat. mcm2 bentuk ada. sebab xmo termasuk air. ktorg kukus je. hihihihii
ReplyDeleteSedapnya. My feveret ni ciksu.
ReplyDeletetak penah try balut ketupat palas ni. kalo ciksu balut jadi ketupat jantan, kalo saya, kot2 jadi ketupat pondan. hehehe.
ReplyDeletetak penah makan ketupat daun buluh, tapi lemang periuk kera penah la makan. eh, ada kaitan ke.
sy memg failed haha
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Mmg reti buat...
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)