Menu berbuka puasa pada 11 Ramadan..
Alhamdulillah.. air dah ada sejak petang semalam.. baru le syiokkk nak memasak..
so, semalam saya buat Mee Udang Power + Bubur Sum sum..
Kebetulan hari tu bw ke blog kak fazian, tertengok pulak Bubur sum Sum yang beliau buat.. aduh.. macam teringin la pulak..
sekali tengok semua bahan dah ada.. buat juga lah.. lagipon air dah ada kan, tak da la nak berkira sangat nak menggunakan peralatan memasak (",)
RESEPI BUBUR SUM SUM
Sumber: Fazianbatrisyia
Bahannya:
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
300 ml santan Pekat
500 ml air
1 cawan susu cair
1/2 sudu kecil garam halus
7 helai daun pandan - perah ambil jusnya
Sedikit pewarna hijau
Bahan Sirap Melaka:
Gula merah + gula putih + air + daun pandan
Caranya:
Satukan bahan sirap melaka.. masak atas api hingga gula larut.. tapis & sejukkan..
Kendian satukan kesemua bahan-bahan dalam periuk dan gaul rata.. tapiskan adunan dan kacau sentiasa dengan senduk kayu hingga pekat dan kilat.. masak hingga adunan meletup-letup.
Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan yang dibasahkan dahulu dan sejukkan.
Hidang sejuk bersama sirap gula melaka.
Sedap dimakan sejuk-sejuk.. nyaman je anak tekak ni..


18 Comments
sedap sedap..lembut
ReplyDeleteyg sum-sum nya yg mana ciksu? first time ni tau bubur sum sum..
ReplyDeletesedapnya...selamat berbuka
ReplyDeleteSelalu buat tak pakai tepung jagung.....Sedap ke tak tu cik sue Sum sum campuq tepung jagung?
ReplyDeleteUish...sedapnya...
ReplyDeletemeriah meja ciksu, suka akak tengok..lagi2 semua pon masak sendiri..tapi baca tang air kejap ada kejap takda tu...runsing aihh klau dipikirkan :o
ReplyDeletetak pernah buat pun.,
ReplyDeletexpnh mkn pun bubur sum sum ni..boleh try wat nti..
ReplyDeleteakak suka sgt tau bubur sumsum ni..dah lama tak buat sndiri..ehhh..dah lama tak makan pon..huhuhuhu
ReplyDeleteAkak teringin makan bubur ni tapi penyakit m ni alahai.. payah la. Kawan kat sekolah pun asyik cerita pasal bubur ni. Dah ada kawan buat sejak puasa ni. Alahai
ReplyDeletemkn sejuk2 sedap ni...
ReplyDeleteCiksu! Saya rasa nak jerit jek tau:) Bubur sumsum ni memang kegemaran saya sejak kecil tapi tak pernahlah buat. Ingatkan susah alahai rupanya senang bangat. Okey, semua bahan dah ada kat rumah. Rasa nak buatlah. Saya kopipes resepi yek. Rindu betul bubur sumsum buatan mak saya tapi takdalah harapan dapat merasa air tangan mak lagi. Mak dah nyanyuk. Zaman belia remaja tak rajin menolong di dapur. Kalau nak apa-apa order je kat kakak-kakak. La ni kalau nak order, mahu kena hempuk kang :)
ReplyDeleteConfirmed nak cuba buat sendiri malam nih!
Sedapnya tingin nk cuba buat. Ps dah resepi ciksu hikhikik
ReplyDeleteSimple jer resipinya yerp.
ReplyDeleteRajin ciksu buat pencuci mulut... Ros pula jarang buat pencuci mulut.. abang Ros tak gemar.. tu yang malas nak buat,.. hihi
ReplyDeleterumah sy pun bahan semua dh de...tgl rajin n mls je.nak buat
ReplyDeletesum sum tu apa ciksue? mesti ada sejarah disebalik bubur sum sum ni kan..hehehe..
ReplyDeletebubur ni, kt kntin tmpt keje de jual.. mmg sedap gak..
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)