Lahai, saya sekarang dilanda penyakit `M`.. bercinta je nak up entri.. bahan ada, idea ada tapi apakan daya penyakit `M` dah mula menular.. hukhuk.
Sebelum penyakit `M` terus menguasai diri ku ini, saya nak share info mengenai PUNCA KETIDAKSUBURAN..
semuanya saya perolehi semasa pergi Kaunseling di HKL.. tujuan saya hanya satu ingin berkongsi maklumat dengan uols.. mudah mudahan membantu.. in shaa Allah.. cuma saya minta maap le sebab dah sekian lama buat RAWATAN INFETERLITI baru sekarang saya amik keputusan untuk berkongsi dengan uols.. bukan mudah nak buat keputusan ni.. saya harap uols memahami situasi yang saya alami.. semoga perkongsian ini memberi manfaat & faedah kepada yang mencari info berkaitan PUNCA KETIDAKSUBURAN.
Kalau uols nak tahu sebenarnya masalah KETIDAKSUBURN ni berlaku pada kedua dua pihak.. sama ada dari pihak suami atau isteri.. selebihnya tak dapat dikenal pasti.. Ok, untuk wanita/ isteri masalah KETIDAKSUBURAN berpunca daripada:-
1) GANGGUAN TELUR
Hormon yang tidak seimbang mengganggu proses ovulasi..
kerana ianya akan menyebabkan telur tidak matang. macam mana nak tahu, uols kena la buat ujian hormon. untuk ujian hormon ni melalui ujian darah yang diambil pada period ke2 (FSH & LH) dan ke21 (PROGESTERON) yang macam saya pernah buat tu.. boleh klik SINI. setakat ni saya dah 3 kali buat ujian darah tu.. first kat Klinik Kesihatan Sultan Ismail sebab nak amik surat jumpa doktor pakar, kemdian buat di HSI, JB kemdian saya pindah ke KL.. lagi sekali kena buat ujian di HKL, KL.. sebabnya nurse nak guna result baru.. saya sebagai pesakit ikut je la.. bersedia tadah tangan untuk dicucuk.. hikhik..
2) SALURAN TIUB FALLOPIAN
Saya ada buat entri di SINI.. saya sentuh bab tiub fallopian sahaja sebab saya sendiri dah buat ujian HSG..
tujuan HSG dibuat sebab nak tahu sama ada saluran tiub fallopian kita tersumbat atau tak.. pertama kali buat.. dup dap la jugak.. hahaa..
nasib baik juga la sebab bila saya pindah ke HKL nurse nak guna result lama.. lega.. kalau nak result baru, rasanya.. aduh.. aduh.. tak sanggup kot untuk buat kali kedua.. hukhuk..
3) ENDOMETRIOSIS
Ianya terjadi bila mana tisu dari selaput dalam rahim berkembang dan tumbuh di luar rahim dan akan menyebabkan berlakunya keradangan setempat yang akan mengakibatkan organ berdekatan perut melekat sesama sendiri..
menyebabkan kesakitan bila period..
yang ni kena buat Laparoskopi..
saya tak buat ujian ni, so, tak dapat nak explain lebih2. tapi kawan sekolah saya, dah buat.
4) MASALAH RAHIM
Fibroid rahim adalah ketumbuhan yang sering terjadi pada wanita/ isteri..
terjadi apabila terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang terbentuk daripada lapisan otot dan tisu penghubung di dalam rahim..
seterusnya ia akan membesar dan menyebabkan wanita/ isteri sakit semasa period. untuk mengenal pasti puncanya kena buat ultrasound. saya tak boleh nak terang lebih lebih pasai ni sebab saya tak buat ujian ni..
Untuk masalah ketidaksuburan pihak lelaki/ suami.. in shaa Allah saya share infonya di lain entri.. tunggu ye..
Jangan lupa doakan saya ye..
saya hargai sangat sangat pada akak akak, abang abang & adik adik sekalian yang sentiasa menyokong & bagi kata kata semangat yang positif untuk kami yang masih berusaha ni..
jasa dan budi baik uols hanya Allah yang mampu membalasnya..
26 Comments
Banyak juga ubat ubatan utk membantu pompuan ngandung, tp tak berapa pasti nk dptkn kt ne..
ReplyDeleteIsyaAllah su, slagi kita berusaha akan berhasil usaha tu..aminnn
ReplyDeletenoted: dh dpt msg shana hihi tq ye..
saya sk baca entry tentang ini..seolah baca kisah saya...
ReplyDeleteehe..akak ada bt Laparoskopi tuu..pembedahan kecil..tapi akak minta bius satu badan..ehe... siap boleh balik... tebuk sikit di atas ari ari n satu lagi tiup masok ikut pusat
sbbnya..akak kalau dtg period berketol ketol lama lak tuu..sampai 2 minggu...
kita nak berubat n berusaha..redha sajalah dgn prosedur yg telah ditetapkan...mg usaha cik su membuah kan hasil...
iye kak,moga ada berita gembira dari akak satu hari nanti...amin...amin...:)
ReplyDeleteSemuga tercapai lah hajat.... Sementara tu sabarlah mennti....
ReplyDeleteAda kawan sy yg cuba perubatan Islam....
nice sharing kak, tq :)
ReplyDeletesentiasa doakan ciksu.. yg penting jgn putus asa k..
ReplyDeleteInsya Allah, mg dipermudahkanNya.. Aamiinnnnn xmo stress2 k sbb ia boleh mengganggu juga..
ReplyDeletesemoga berjaga cik sue..
ReplyDeletebtw,perkongsian mcm ni mmg sgt bagus..ramai yg nak tau knp, pd yg ada mslh, dia tau apa patut dia buat..good job cik sue..
ReplyDeleteinsha Allah kita usaha sedaya termampu,
ReplyDeletepasti ada hasilnya nanti.
Malas pun sempat lagi up entry penuh info ni.. oklah ni..
ReplyDeleteSemoga usaha QR dan suami akan jadi kenyataan ya..semoga cepat dpt anak
insya Allah sue..kak intan doakan semoga sue dan akak dan yg lain2 yg nantikan cahayamata pregnant .amin
ReplyDeleteCik Su...
ReplyDeletewahhhhh rindu sama Cik Su tau..aiyooooo dah lama x dtg sini kan..tuan beloq dah jd apa ntah.hahahaha btw Cik Su sihat?
terima kaseh sudi share..byk pekara yg tak tahu jadi tahu.. :)
ReplyDeletein sha Allah.. saya doakan awak..
ReplyDelete:-)
InsyAllah sue.. usaha jgn berhenti.. doa jugak.. insyaAllah ada rezeki sue nanti
ReplyDeletepasal bayaran exabytes tu, rasanya dorg bank in... sue ada semak kat bank x?
ReplyDeletethanks coz sudi sharing thisinfo..info ni tak sama melalui pembacaan secara rambang dgn pengalaman sebenar seseorang kan..
ReplyDeletein sha aalah sue..tuhan maha adil dan kuasa dia tau yg terbaik utk hambanyer..rezeki itu ada samada cepat atau lambat..teruskan berusaha sue..
InsyaAllah mudah2an ada rezeki kita ye cik Sue :D
ReplyDeleteItulah ujian buat awak QR...insyaallah kalau sabar Allah akan menghadiahkan sesuatu yg lebih besar lagi...
ReplyDeletejijah doakan ciksu di murahkan rezeki anak tak lama lagi..Aminn
ReplyDeletekak.. usaha kak.. in shaa Allah Allah tunjukkan jalan..
selamat berusaha...!!
ReplyDeleteTQ sharing ni sis..
ReplyDeletekekadang kita ni malu nak bercerita..huhu...
usaha selagi boleh kak.. insyaAllah akan nmpak hasilnya.. :)
ReplyDeletesedikit gementar bila bercakap mengenai hal yg mcm ni.. :/
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)