Tudung kanak-kanak

Renungan Bersama


Abu Hurairah RA berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya:

“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”.

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”.

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”.

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”.

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”.

Baginda menjawab: “Ibu kamu.”.

Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”.

Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1].

dan Allah SWT berfirman:

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
[al-Ahqaf 46:15]


36 Comments

  1. sayangi dan berbaktilah kepada org tua kite selagi masih ada hayat mereka...tiba2 rindu kat mak...

    ReplyDelete
  2. bacalah al-fatihah setiap hari utk ibu dan ayah kita tidak kira yang masih ada atau telah tiada

    ReplyDelete
  3. Kasih ibu dan ayah tiada tandingannyer....

    ReplyDelete
  4. kasih ibu membawa kesyurga..kasih ayah sepanjang zaman :)

    ReplyDelete
  5. mst sedih je klu cerita psl ibu...sbb tbyg kepayahan & kesusahan yg mak kita alami dr saat mengandung, melahirkan..menjaga...membesarkan..smpi skang..serius..sedih sgt

    ReplyDelete
  6. nice entry and thanks for sharing.. ^_^

    ReplyDelete
  7. ibu ratu hatiku. InshaAllah takkan lupa pengorbanan ibu. ;)

    ReplyDelete
  8. Kasih ibu membawa ke syurga..;)

    ReplyDelete
  9. sekarang tingat mak di kg walau dah balik je baru n...uwaaaa

    ReplyDelete
  10. salam... suke entri ni.Tiada kasih sayang yang seagung kasih ibu pada anaknye.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas renungan & peringatan yang berguna ini.. =)

    ReplyDelete
  12. Betapa tingginya kedudukan ibu di sini Islam. SO kenalah hormati dan kasihi ibu.

    ReplyDelete
  13. mulai seorang ibu..hargailah ibu anda

    ReplyDelete
  14. thanks atas peringatan..tq jugak pade semua ibu yg melahirkan kita...

    ReplyDelete
  15. jugak utk isteri2...kl suami lebihkan mak dia...fahamilah bahawa suami tersepit....tiba masanya...isteri akan alami situasi mcm ni...tak ramai isteri yg tak memahami..rasanya semua yg baca ni..faham..:)

    ReplyDelete
  16. insan bernama ibu..mmg bnyk pengorbanan die..dr melahirkan kite..mnjaga kite..

    ReplyDelete
  17. betul2...utk jadi seorang ibu, kita perlu byk ketabahan dan kekuatan hati...sbb berat tggjwb ibu sejak dari mengandung sehingga kita dewasa....

    ReplyDelete
  18. oh mak,,rindunya kat mak,,nak balik kampungggg heheh

    ReplyDelete
  19. sebab tu takleh kecik kan ati mak, terasa hati dengan mak pun tak boleh, kena redha kan...sayang mak selalu,banyak pengorbanan mak utk kita

    ReplyDelete
  20. ibubapa mmg tiada dua.. sayangilah kedua org tua kita...
    terima kaseh sudi berkongsi..

    ReplyDelete
  21. dan walau seburuk mana pun mereka, kita wajib menyayangi mereka dan mengasihi mereka.. :)

    ReplyDelete
  22. mak tetap no 1 kan..sayang mak....

    ReplyDelete
  23. pengorbanan dan kasih sayang ibu tiada tolok bandingnya...

    ReplyDelete
  24. jgn lupakan jasa ibu bapa. besar pengorbanan dia roang pada kita kan.

    ReplyDelete
  25. Ibu dan Ayah..
    merekalah raja & permaisuri hidup.. (^_~)

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)