Nasi Ulam |
Uols penah dengaq atau makan NASI ULAM tak? Nasi Kerabu comfirm uols dah selalu kan.. antara dua nasi ni memang ada perbezaan amat ketara.. ya ciksu pasti..
Nasi Kerabu.. warnanya lain kan.. |
- Satu dari segi penyediaannya.. tengok gambar untuk perbezaan antara nasi Ulam dan Nasi kerabu.. dari segi warna nasi pon dah lain kan..
- Ketiga Nasi Ulam lebih banyak penggunaan daun kayu berbanding Nasi Kerabu.. ya itu memang pasti sebab tu la Nasi Ulam amat sedap untuk dinikmati..
Bagi yang penah makan pasti tahu KESEDAPANNYA kan. Bagi uols yang belom penah try tak dapat nak nolong.. in shaa Allah bila-bila boleh try k..
- Keempat Nasi Ulam susah sangat nak cari melainkan disediakan sendiri berbanding Nasi Kerabu yang senang dicari terutamanya di pasar malam.. ya semestinya.. tapi kena cari yang betul-betul disediakan oleh peniaga yang berasal dari pantai timur.. macam mana nak tahu.. kalau ciksu dengar dari dialek percakapan mereka.. itu style ciksu la.. sebab memang suka makan Nasi Kerabu tapi yang speselnya tak letak budu, boleh?
Ciksu baru due kali merasanya.. selalunya mak perak buat bulan Ramadhan je..
Apa kata lepas ni kita try buat sendiri, nak.. meh nak share resepi yang ciksu tengok mak perak buat.. ciksu tolong racik daun kayu je sambil-sambil tu mata dok fokus nengok.. hahahaaa..
Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- daun kunyit
- daun limau purut
- daun kaduk
- daun kesom
- pucuk jangguih (gajus)
- daun kari
- ulam raja
- bunga kantan
- daun asam gelugor
- bawang besar -dihiris nipis
- nasi panas secukupnya
- garam secukupnya
- ikan ternggiri masin -digoreng
- serai, bawang putih, halia, bawang merah, cili hijau, lengkuas -tumbuk
- lada hitam -tumbuk
- Kerisik
- nasi dimasak seperti biasa kemdian dileraikan dan dibiarkan sejuk dalam talam besaq (kalau nasi panas nanti kesemua ulam-ulam akan layu).. nanti tak cantik la kan..
- kesemua ulam-ulam diracik halus-halus.. nak senang masa nak racik tu uols asingkan daun-daun kayu mengikut jenis memasing.. kemdian ikan dengan getah dan teruskan la sesi menghiris.. bila dah siap uols..
- gaul sebati dengan nasi dan dengan hasilan yang ditumbuk tadi kemdian..
- masukkan ikan tenggiri yang dihancur kasar.. dah sebati uols
- gaul dengan kerisik (terpulang ikut kuantiti nasi).. agak-agak dah serasi semua bahan jangan lupa..
- perasakan dengan garam (hati-hati sebab ikan tenggiri memang dah masin).
- akhir sekali taburkan hirisan bawang besar dan gaul sebati.
Resepi dari Mak Perak. Buat kat kampung tapi bekal sikit balik key el.. hihi
Feberet food family pak hubby-B.. hubby siap suruh belajaq lagi.. haha
Ala, dah tengok cara mak buat, dah boleh tahu dah.. kih.. kih..
pppsssttt: sebenarnya ada lagi daun-daun yang digunakan. Tapi itu yang ciksu ingat dan senang nak cari.. hehe
21 Comments
mak cheery selalu buat xpecially bulan ramadhan..ayh selalu suruh mak taruk daun sekentut..sedap!!!penah makn tak? mkn nasi ulam daun sekentut ni comfirm nak kentut aje..huhu
ReplyDeletekak izan pun suka nasi ulam ni. MIL ada juga buat sekali sekala. tapi takdelah letak daun byk cam dlm resepi cik sue tu. yg pasti mmg sedap!
ReplyDeletehehe..kalo nasi kerabu mmg selalu mkn la..bu nasi ulam x le kut kalo ciksu ckp ianya berbeza...
ReplyDeletefirst itme cuba trus jtuh cnta..hihi
ReplyDeleteakak kan kalau nasik kabu tu, budu yg ditumis sedap..kalau terus dr botoi tu masin sket kan..
ReplyDeletenasi ulam,mak akak selalu buat time bulan posa..dia tumbuk ikan kering..buh daun sekentut, bebuas.kunyit..tah pape lagi tapi sedap kan kan :)
bestnya nmpk tp akk xpandai mkn sbb byk sgt ulam2nya..hehehe
ReplyDeletememang jauh beza nyer...
ReplyDeletemesti sedap kan
Saya tak penah makan nasik ulam la ciksu. Tapi kalo dari ciksu cerita mcm sedap je sbb ulam yang digunakan agak berbeza daripada nasi kerabu. Pastu dah la guna ikan tenggiri. Ikan tenggiri mahal. Huhu.
ReplyDeletesye pnah mkn nasi ulam kwan bawak g opis.ayah die bt dgn 40 jenis daun kayu.thai style katenye.huhu sedap sgt.tp ayah die bt 2,3tahun sekali je.hahah
ReplyDeleteehem2..mohon tukar nama resepi ciksu..hehehe
ReplyDeletesedapnya nasik kerabu pasa mlm sg dua dpn usm,,,=)
ReplyDeleteteringin nak rasa tp nak buat tu alahai byknya ramuan..mana nak carik?hehe
ReplyDeletepernah mkn nasi ulam. kakak ipar buat. nasi kerabu mmg selalu la. hihi..
ReplyDeletemak wani kalu bulan posa selalu buat nasi ulam ni hehehe
ReplyDeletesedapnya...lama tak makan nasi kerabu....btw, terima kasih bagitau tadi...
ReplyDeletesaya tak mkn la pulok nasi krabu..btw nice sharing :0
ReplyDeleteRajinnnya cik su ni.. thanx share resepi. Nanti bila mood rajin mai, ros cuba k. Skang ni mood masak klangit. Hihu
ReplyDeleteMy MIL suka sgt nasi ulam..time buka posa mesti ada..
ReplyDeletesedap nih...
ReplyDeletebetul! nasi ulam ni style utaraa..sedap! dulu bulan posa mak rajin buat..makan dengan sayuq keladi....sedap..da lama x makan...payah nak jumpa...tapi memang berkhasiat
ReplyDeletekak fieda suka tau nasi ulam ni..
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)