Tudung kanak-kanak

Jom Masak: Nasi Ulam.. Lain dari yang lain sedapnya..

Nasi Ulam
Selamat tengahari.. dah lunch? Tengahari di penghujung tahun 2012 hari ni.. ciksu nak share sesuatu, boleh? boleh ke tak boleh tetap nak share jugak ;).. kata sharing is caring..

Uols penah dengaq atau makan NASI ULAM tak? Nasi Kerabu comfirm uols dah selalu kan.. antara dua nasi ni memang ada perbezaan amat ketara.. ya ciksu pasti..
Nasi Kerabu.. warnanya lain kan..

  • Satu dari segi penyediaannya.. tengok gambar untuk perbezaan antara nasi Ulam dan Nasi kerabu.. dari segi warna nasi pon dah lain kan..
  • Kedua Nasi Ulam lebih fofular di kawasan utara manakala Nasi Kerabu lebih fofular di negeri pantai timur.. tak caya jom kita tanya mereka-mereka yang menetap di kedua-dua kawasan tersebut. betol tak kak ieta.. betul tak MJ ;)
  • Ketiga Nasi Ulam lebih banyak penggunaan daun kayu berbanding Nasi Kerabu.. ya itu memang pasti sebab tu la Nasi Ulam amat sedap untuk dinikmati..
  • Keempat Nasi Ulam susah sangat nak cari melainkan disediakan sendiri berbanding Nasi Kerabu yang senang dicari terutamanya di pasar malam.. ya semestinya.. tapi kena cari yang betul-betul disediakan oleh peniaga yang berasal dari pantai timur.. macam mana nak tahu.. kalau ciksu dengar dari dialek percakapan mereka.. itu style ciksu la.. sebab memang suka makan Nasi Kerabu tapi yang speselnya tak letak budu, boleh?
Bagi yang penah makan pasti tahu KESEDAPANNYA kan. Bagi uols yang belom penah try tak dapat nak nolong.. in shaa Allah bila-bila boleh try k..

Ciksu baru due kali merasanya.. selalunya mak perak buat bulan Ramadhan je..


Apa kata lepas ni kita try buat sendiri, nak.. meh nak share resepi yang ciksu tengok mak perak buat.. ciksu tolong racik daun kayu je sambil-sambil tu mata dok fokus nengok.. hahahaaa..


Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah:

  • daun kunyit
  • daun limau purut
  • daun kaduk
  • daun kesom
  • pucuk jangguih (gajus)
  • daun kari
  • ulam raja
  • bunga kantan
  • daun asam gelugor
  • bawang besar -dihiris nipis
  • nasi panas secukupnya
  • garam secukupnya
  • ikan ternggiri masin -digoreng
  • serai, bawang putih, halia, bawang merah, cili hijau, lengkuas -tumbuk
  • lada hitam -tumbuk 
  • Kerisik
Dan cara-caranya ialah: 
  • nasi dimasak seperti biasa kemdian dileraikan dan dibiarkan sejuk dalam talam besaq (kalau nasi panas nanti kesemua ulam-ulam akan layu).. nanti tak cantik la kan..
  • kesemua ulam-ulam diracik halus-halus.. nak senang masa nak racik tu uols asingkan daun-daun kayu mengikut jenis memasing.. kemdian ikan dengan getah dan teruskan la sesi menghiris.. bila dah siap uols..
  • gaul sebati dengan nasi dan dengan hasilan yang ditumbuk tadi kemdian..
  • masukkan ikan tenggiri yang dihancur kasar.. dah sebati uols
  • gaul dengan kerisik (terpulang ikut kuantiti nasi).. agak-agak dah serasi semua bahan jangan lupa..
  • perasakan dengan garam (hati-hati sebab ikan tenggiri memang dah masin).
  • akhir sekali taburkan hirisan bawang besar dan gaul sebati.
siap

sedap dimakan dengan ikan bakar atau ayam panggang panas-panas.. memang sedap.. betol ciksu tak tipu.. tak caya try buat sendirik tau ;)

rasa masin-masin, pedas-pedas dan berangin je bila kunyah...(``,) macam makan gula-gula hacks atau bila kunyah daun pudina gitew..

Resepi dari Mak Perak. Buat kat kampung tapi bekal sikit balik key el.. hihi
Feberet food family pak hubby-B.. hubby siap suruh belajaq lagi.. haha
 Ala, dah tengok cara mak buat, dah boleh tahu dah.. kih.. kih..

pppsssttt: sebenarnya ada lagi daun-daun yang digunakan. Tapi itu yang ciksu ingat dan senang nak cari.. hehe

21 Comments

  1. mak cheery selalu buat xpecially bulan ramadhan..ayh selalu suruh mak taruk daun sekentut..sedap!!!penah makn tak? mkn nasi ulam daun sekentut ni comfirm nak kentut aje..huhu

    ReplyDelete
  2. kak izan pun suka nasi ulam ni. MIL ada juga buat sekali sekala. tapi takdelah letak daun byk cam dlm resepi cik sue tu. yg pasti mmg sedap!

    ReplyDelete
  3. hehe..kalo nasi kerabu mmg selalu mkn la..bu nasi ulam x le kut kalo ciksu ckp ianya berbeza...

    ReplyDelete
  4. first itme cuba trus jtuh cnta..hihi

    ReplyDelete
  5. akak kan kalau nasik kabu tu, budu yg ditumis sedap..kalau terus dr botoi tu masin sket kan..

    nasi ulam,mak akak selalu buat time bulan posa..dia tumbuk ikan kering..buh daun sekentut, bebuas.kunyit..tah pape lagi tapi sedap kan kan :)

    ReplyDelete
  6. bestnya nmpk tp akk xpandai mkn sbb byk sgt ulam2nya..hehehe

    ReplyDelete
  7. memang jauh beza nyer...

    mesti sedap kan

    ReplyDelete
  8. Saya tak penah makan nasik ulam la ciksu. Tapi kalo dari ciksu cerita mcm sedap je sbb ulam yang digunakan agak berbeza daripada nasi kerabu. Pastu dah la guna ikan tenggiri. Ikan tenggiri mahal. Huhu.

    ReplyDelete
  9. sye pnah mkn nasi ulam kwan bawak g opis.ayah die bt dgn 40 jenis daun kayu.thai style katenye.huhu sedap sgt.tp ayah die bt 2,3tahun sekali je.hahah

    ReplyDelete
  10. ehem2..mohon tukar nama resepi ciksu..hehehe

    ReplyDelete
  11. sedapnya nasik kerabu pasa mlm sg dua dpn usm,,,=)

    ReplyDelete
  12. teringin nak rasa tp nak buat tu alahai byknya ramuan..mana nak carik?hehe

    ReplyDelete
  13. pernah mkn nasi ulam. kakak ipar buat. nasi kerabu mmg selalu la. hihi..

    ReplyDelete
  14. mak wani kalu bulan posa selalu buat nasi ulam ni hehehe

    ReplyDelete
  15. sedapnya...lama tak makan nasi kerabu....btw, terima kasih bagitau tadi...

    ReplyDelete
  16. saya tak mkn la pulok nasi krabu..btw nice sharing :0

    ReplyDelete
  17. Rajinnnya cik su ni.. thanx share resepi. Nanti bila mood rajin mai, ros cuba k. Skang ni mood masak klangit. Hihu

    ReplyDelete
  18. My MIL suka sgt nasi ulam..time buka posa mesti ada..

    ReplyDelete
  19. betul! nasi ulam ni style utaraa..sedap! dulu bulan posa mak rajin buat..makan dengan sayuq keladi....sedap..da lama x makan...payah nak jumpa...tapi memang berkhasiat

    ReplyDelete
  20. kak fieda suka tau nasi ulam ni..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)