Tudung kanak-kanak

I'm back..


Selamat bertemu kembali.. maap la yer.. menghilang tanpa khabar berita.. ada yang rindu kew?
Kalau ada alhamdulillah.. kalau teda pon tak mengapa, siapalah saya.. kih.. kih.


Ke mana ciksu pergi selama 9 hari yang lalu.. Tak ke mana-mana pon.
balik kampung je..

kan dah cakap bulan disember penuh dengan jemputan kenduri kawen.. so, haruslah melibatkan diri di sana..

 
 sumber goggle

Alhamdulillah dapat menikmati GULAI DAGING CAMPUR BATANG PISANG.. sungguh nikmatya.. sebab dah lama tak makan.. bila dapat menjamah, bertambah-tambah lah nasi jawabnya.. bukan selalu pon kan..


Lagi satu dapat makan NASI `NYOROK` kat rumah kenduri.. nasi `nyorok` ini ibarat macam sarapan la sebelum nak makan nasi tengah hari tu..



Ada nasi minyak, ulam pisang muda cicah dengan cabai/ sambal belacan, ikan tamban goreng, ikan pekasam... pergghhh.. memang terbaek la.. memang dah lama tak makan tau.. ghasanya last makan masa nuri ciksu dulu.. kawasan kampung ciksu masih mengamalkan `budaya pakat`.. maksudnya masih mengamalkan gotong royong antara jiran tetangga.. bukan `catering` yer..  hasilnya memang menyelerakan.. ;D


nilah pisang muda.. sedap tau cicah dengan cabai makan dengan nasi minyak..


Rumah siapa yang kenduri ni..

Ada tiga kenduri semuanya..
yang pertama rumah sepupu pada 18hb Disember 2012..

 Sepupu ciksu yang lelaki.. bertemu jodoh dengan gadis pilihan hati yang berasal dari Perak.. selepas ini mereka `terpisah` kerana kerjaya masing-masing.. Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)..

Tahniah buat Dik Mad dan Ika.. semoga jodoh kalian kekal bahagia hingga hujung nyawa. amin.

 Paklong yang semakin uzur turut hadir memeriahkan majlis anak sedara.. dari Sg. Udang, Melaka ke Kedah.. Paklong ni abang mak ciksu yang sulung.. sebelah tu Ngah.. kakak mak ciksu no.2.. tuan rumah ni adik mak ciksu yang ke10.. haha.. ramainya ;D

Bersama keluarga sepupu a.k.a anak paklong dari Pangkalan Balak, Melaka..

Seterusnya kenduri kawan baik ciksu pada 22hb Disember 2012.

Harap maklum yer.. tiga-tiga bini orang dan dua orang sudah jadi mak orang.. ;D

Tahniah buat along a.k.a Pn. Nurul Akmam dan Azman.. semoga jodoh kalian kekal bahagia selamanya.. amin..

Seterusnya rumah dua pupu ciksu.. juga pada 22hb Disember 2012.. maaf tiada gambar.. bateri habis.. sungguh sedey hokey.. huhu

Hujung bulan nanti pon ada lagi tapi maafkan saya.. tak dapat melibatkan diri.. 

Hanya ini sahaja yang dapat dikongsi bersama uols.. kenduri kali ni memang menyeronokkan sebab dapat berjumpa keluarga sedara mara yang jauh dan kawan-kawan yang diingati dan dirindui.. bukan senang nak berkumpul ramai-ramai kan.. sekali berkumpul macam-macam yang dibicarakan.. sebab itulah blog pon dilupakan.. sementara cuma..

pppsssttt: uols ada tak jemputan kenduri.. best kan bila dapat makan kenduri especially kat kampung.. kat  bandar semuanya `catering`.. kemeriahannya kurang sikit.. betol tak?






25 Comments

  1. wahh banyaknya kenduri ciksue..hihi

    ReplyDelete
  2. balik kg makan kenduri rupanya patut g rumah bg salam tak berjawab...ehe..

    ReplyDelete
  3. makan kenduri kt kedah makan gulai daging batang pisang..mmg cukup sedap...pekena plak dengan sambal belacan ...fhhhh..berasap!

    ReplyDelete
  4. welcome back.. amboii..lama menyepi..skali dtg bawak byk entri...hihi... selamat pengantin baru buat mereka..mmg musim org kawen cuti skolah ni. :)

    ReplyDelete
  5. ciksu maap yer wani pn lama xsinggah sini..cuti sek ni meriah kenduri kawen kan..sampai ada yg xdan p hihi

    ReplyDelete
  6. kat kg buat sendiri je..kat bndr pakai katering n byk duit kuar la...

    ReplyDelete
  7. wahhh..kembali dengan bermaca cerita..yg best pasal makanan..!

    lama tak makan gulai dengan btg pisang.. :)

    ReplyDelete
  8. disin pun ada orang kawin hihi, sibuk benor b ulan 12 nih yerr

    ReplyDelete
  9. err..tak dpt jemputan kenduri..sebab kat kuantan ni xkenal sape2..hahaha

    ReplyDelete
  10. patut la lama tak nampak ciksu. berkenduri kendara ye. seronok kan kalau kenduri kat kampung. semua gotong royong. lebih meriah. :)

    ReplyDelete
  11. ramai ler yg nek pelamin cuti skolah ni..
    eh, blom try lg mknn gitu..
    best erk?

    ReplyDelete
  12. selamat malam ciksu..heheh..patutla lama menghilang..rupanya pulun attend jemputan kenduri..welcome back

    ReplyDelete
  13. uish...gi kenduri aja.saya pon banyak jemputan tapi semuanya jauh2.wuuuu

    ReplyDelete
  14. nasi nyorok??hahaha.kenapa saya tak tau ni tentang nasi tu??hahaha

    ReplyDelete
  15. erkk..entry baru kena curik ke? hahaha

    ReplyDelete
  16. salam
    Seronoknya sue dah kembali.
    Cantik pengantin tu.

    ReplyDelete
  17. mesti sis penatkan.sempat juga buat post ni..

    ReplyDelete
  18. Gulai dgn batang pisang! X pernah merasa lg gulai batang pisang. Kalau dgn pisang muda tu, adalah! Sedap ke batang pisang digulai.....hmmm....

    ReplyDelete
  19. sedapnya gulai daging batang pisang.
    tak pernah denagr nasi nyorok & ulam pisang tak pernah makan

    ReplyDelete
  20. masakan utara sedap..akak penah makan udang masak lemak batang pisang..dap nyer lahai :)

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum...
    mestilah rindu cik su membebel hahahaha....
    banyaknya jemputan, kami pun bnyk juga hihihihihi

    ReplyDelete
  22. terliuq kejap tgk gulai daging batang pisang tu...lama x masuk perut..brp tahun dah..huhu

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)