Salam readers,
Pepagi ni nak share serba sikit info yang saya baca dengan uols.
Kata sharing is caring kan ;D
Saya masih ikut style ke-2 dan ke-3.. ;(
Teringin juga nak pakai tudung labuh macam yang first tu. InsyaAllah..
Nak baca kisah tudung labuh klik sini
Kita masih boleh bergaya walaupun memakai tudung, tetapi perlu menepati
syarat dalam Islam.
Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang
bermaksud: “...hendaklah mereka melabuhkan tudung (selendang) mereka ke leher dan dada mereka...” (Surah An-Nur: Ayat 31).
Cara
berpakaian juga perlu sopan bertepatan dengan pemakaian tudung menutupi
paras dada 360 darjah. Ia bermaksud, bahagian depan dan belakang perlu
sama panjang.
1- Anak Tudung – Jika anda gemar memakai
selendang daripada fabrik jojet, satin atau pun sifon yang licin, maka
seelok-eloknya anda menyarungkan anak tudung terlebih dahulu. Guna anak
tudung buatan fabrik lycra kerana selendang tersebut akan mudah dibentuk serta terletak dengan cantik.
2- Warna Terang – Hitam dan putih adalah warna
selamat untuk dipadankan dengan apa jua warna, tetapi apa kata anda ubah
cita rasa itu pada penampilan diri. Gunakan warna terang pada selendang
agar wajah anda kelihatan lebih segar dan bersemangat. Ini kerana warna
yang pudar, gelap atau pun kedam akan membuatkan wajah anda seperti
lesu dan tidak bermaya.
3- Corak Tudung – Elakkan memilih corak yang
terlalu penuh pada tudung. Ia akan menyerabutkan penampilan anda. Cukup
sekadar renda, kerawang, jemeki atau pun corak bunga di hujung selendang
sahaja. Corak yang ringkas ini sudah boleh melengkapkan gaya manis
anda. Jangan sesekali memilih corak berunsur binatang yang kontra dengan
budaya Islam.
4- Sanggul Belakang – Tidak dinafikan, kewujudan
sanggul di belakang kepala membuatkan tudung beralun cantik, tetapi anda
perlu ingat dosa yang perlu ditanggung. Sanggul yang terlalu tinggi
bukan mengikut ajaran Islam.
Tegahan gaya ini telah diriwayatkan dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang
bermaksud: “Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku
lihat: Suatu kaum yang memiliki cemeti ekor lembu untuk memukul manusia
dan para wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, kepala mereka
seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. Wanita seperti ini tidak
akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, sedangkan baunya dapat
dicium selama perjalanan sekian dan sekian. (Hadis Riwayat Muslim)
5- Bentuk Leher – Ini juga dilarang dalam Islam kerana menyerupai
agama lain. Ia juga serupa menampakkan leher anda walaupun ditutupi
dengan kain tudung. Sedar atau tidak, terlalu ramai yang meniru fesyen
sebegini sekarang ini.
Nabi Muhammad SAW menerusi hadisnya berkata:
“Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk daripada
golongan mereka”. (Hadis Riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Ibnu Hibban).
Maka, ubah gaya tudung anda sekarang sementara belum terlambat.
Alhamdulillah jika kita memang sudah memakai tudung selepas baligh
lagi. Bagi rakan-rakan kita yang masih baru, teruskan niat uols itu kerana Allah
SWT.
Jangan sesekali memandang hina mereka yang tidak bertudung. Lebih
baik kita sama-sama mendoakan agar Allah SWT membuka hati mereka untuk menutup
aurat di kepala itu.
Sahabat,
walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak
bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada
cacat celanya.
Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara.
Dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.
Lagi kisah tudung labuh di sini <--- sila klik yer
pppsssttt: peringatan buat diri sendiri juga yang kadang-kadang alpa
26 Comments
thanks info yg berguna..sharing is caring..^_^
ReplyDeletenak jugak cuba style no 2 tu dulu, InshaAllah.
ReplyDeletetima kasih share cik su...wani pun masih yg ke 2 n ke 3 tu...semoga kita dpt melakukakan ke arah yg lebih baik :-)
ReplyDeleteBermacam2 jenis fesyen tudung skang nih. Style saya masih no. 2 & 3.
ReplyDeletekak fieda pun yg kedua ketiga jugak..tq sue share info ni..
ReplyDeletesue..kak fieda dh pos hadiah sue tadi..nanti dh sampai bgtau tau..
ReplyDeleteas salam
ReplyDeleteakak baru ada beberapa koleksi tudung waning labuh..cuma jubah je jarang pakai..kena muhasabah semula ni..thanks sharing :)
Sama la, mudah-mudahan dapat berhijab seperti gambar no 1 tu :D
ReplyDelete
ReplyDeletesalam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)
nice info cksu..
ReplyDeleteSaya tak pandai bergaya dalam pemakaian tudung,tetapi masih mengikut syariat Islam...nak juga cuba macam 2 style..tapi tek tercuba lagi..he he he
ReplyDeleteSalam... saya biasanya no 3 dan menghala nak ke no 4 insyaAllah.
ReplyDeleteyang bertudung nampak leher tu skrg pun org selalu buat kan? Derang suka pin kan kat belakang leher. Mcm rahib pun ada skali tgk ye tak? Huhu.
sy pun pakai yang 2 dan 3 jugak.. hmmm.. no 1..
ReplyDeleteyati pun sama macam sue masih mengekalkan ciri2 2 dan 3 hihi...InsyaAllah 1 ari nanti nak ke arah yg lbh baik lagi
ReplyDeletethanx sharing info ye cik su,,masih bermuhasabah diri =)
ReplyDeleteita yg no 2...
ReplyDeletesampai sekarang macam tu lah jugak...
klik milk deal untuk cik su
ReplyDeletekengkadang jaa pon btudung x ikut cara yg betul. insyaALLAH akan diperbaiki...
ReplyDeletep/s : tengkiu singgah blog jaa dan komen!
selalunya nik yg kedua. tapi kdg2 ade gak yg ketiga..huhu
ReplyDeletesemoga kita sama-sama ke arah yg lebih baik..
ReplyDeletethanks... ingatan utk sy gak ni.. ;-)
ReplyDeletetak suka sgt lilit2. biasa pakai labuhkan je ke bawah...
ReplyDeleteBagus...peringatan untuk saya juga ni.....tq share.....like....
ReplyDeleteM suka entry ni cik sue... Teringin nk pakai gaya no1
ReplyDeletesamelah akak pun masih pakai tudung gaya 2 & 3 TU....
ReplyDeleteAlhamdulillah.. amir dah sembuh luka tu pun dah hilang takde parut.. insyaallah nnt² akak buat entry x draf pun lg... hihihihii.. bz sikit skg.
nice info ciksu . saya dalam proses melabuhkan tudung.
ReplyDelete﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)