Tudung kanak-kanak

SAMBUNG NYAWA MY BLOG

Jap ada, jap tak ada. Haishhh.. gayanya macam sibuk bebenor ye 😂 beginilah rutin harianku.

Al-maklumlah dah jadi mak anak dua dah sekarang ni. Terus berubah 360 darjah. 8tahun tanpa anak kecik. Know-know dah beranak kecik semula. Tunggang langgang jap kehidupanku.

HAHAHAHA!!! 

Hari-hari dah macam lipas kudung. Jap sana, jap sini. Rasa tak cukup nyawa handle anak 2 orang sensorang tanpa suami di sisi setiap hari. 

Weekend sibuk ngukur jalan. Kalau tak balik Kedah, kami akan balik Perak. Tu pon sebulan sekali je. Gilir-gilir kampung. Sebabnya setiap minggu cik abe berulang alik ke sini dari Sungai Buloh. Kami PJJ sekarang ni. Sejak Julai last year. 

Itu yang life Ciksu pon ting tong 😂

In shaa Allah, tak lama lagi akan back to normal. Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga selepas ini. Aamiin Ya Mujib.. 

Update serba sikitlah ye! 

Kita mulakan dengan aktiviti setiap pagi dengan anak-anak sepanjang cuti sekolah kali ni. Setiap pagi jalan-jalan untuk sihatkan badan. Semoga jantung dan kesihatan kami sekeluarga terjaga hendakNya. Fiihifzillah. 

Sesambil beli sarapan untuk Rania. Kita sihatkan badan juga. In shaa Allah. Kita berusaha. Selebihnya kita berserah dan bertawakal pada Allah swt. 

Sehari dapatlah 6ribu langkah. Ikutkan hari² pon lebih je berjalan ni. Ini yang direkodlah. Saje je, buat tatapan diri. Baru bersemangat sikitkan. 

Actually, nak jogging tapi lambertttt lagi boleh haa. Kena jaga kesihatan dalaman dulu. Bagi pulih sebaiknya baru atur langkah. 

So, langkah permulaan kita mulakan dengan 6ribu langkah duluan. Bak kata orang pelan-pelan kayuh supaya badan tak terkejut..

Lama rehatkan badan sejak tahu pregnant hari tu. 



1 Comments

  1. Assalamualaikum Ciksu,.. Salam Ramadhan. Lamanya tak ke sini. Ros pun dah jarang menulis. Banyak hal yang berlaku sejak kebelakangan ni. Ambil masa sedikit nak pulih dan menulis macam biasa, hihi.

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)