Tudung kanak-kanak

GULAI IKAN YU BENTO CIK ABE DI HARI JUMAAT

Tajuk entry kemahen ye ciksu 😂 

Hari ni #27Ogos2021 hari ke 239/365.

Makin menghampiri ke penghujung tahun 2021.

Didoakan semoga kita semua terus sihat, happy dan sentiasa baik dalam jagaan Allah swt. Aamiin ❤️

Jangan lupa SEDEKAH DI HARI JUMAAT DAN JUGA DI HARI LAIN. Sekarang ni dah mudah nak bersedekah. Ikutlah kelapangan dan cara memasing. 

Bersedekah tu perumpamaannya biarlah tangan kiri tidak tahu.. 


Apa pon, alhamdulillah, syukur kerna masih di panjangkan usia, penglihatan yang jelas, dapat melihat anak dan suami di sebelah. Seterusnya dapat menikmati pagi yang indah.

Hari ni hari Jumaat terakhir di bulan Ogos, 2021. 

Next week dah masuk bulan baru. Semoga ada perkhabaran baru kita semua. 

In shaa Allah.

Baiklah.

Hari ni ciksu rajin sikit. So, snap gambo di pagi hari. 

Bento cik abe di pagi jumaat yang berkah. 

Selamat menjamu selera bersama 

❤ Nasi Putih 

💜 Gulai Ikan Yu 


Ikan Yu ni specialnya sebab nak makan kena tarik buang kulit dia. Isi dia macam isi ayam. Terlupa nak snap gambar ikan yu siap di siang cik abe. 

Lagi special sebab ikan yu ni hasil pancingan cik abe baru-baru ni. Hari ni buat gulai versi mak.

2,3 hari lepas buat IKAN KERAPU MASAK STIM ASAM BOI. Pon ikan hasil pancingan cik abe. Tapi non hado ambik gambor sebab keterlupaan. In shaa Allah, if ada rezeki lagi, ciksu snap.

HAHAHA

Ajiomlah masak gulai. Actually, gulai ikan semua orang dah pandai kan. So, saje ciksu letak resepi sini. Untuk kenang kenangan dan sebagai entry ku supaya blog kesayangan tak sunyi sepi. Githoo 😅

Mudah je. 

Isi ikan yu ni lebih kurang dalam 604gram. Haa, kau sempat ciksu timbang pagi tadi 🤣

Tumis bawang putih, bawang ros, daun kari, halba campur.

Masukkan bawang besar dan bawang putih yang dikisar separuh hancur. Ciksu guna chopper tu haa. Kuranglah penggunaan air masa menumis.

Biar bawang masak. Means garing. Jangan sampai rentung plak. Nampak kekuningan tu ok lah.. 

Masukkan cili kisar sesudu besar. Sebab pedas sikit cili kering ni. Rempah kari ikan cap o atau rempah kesukaan memasing. Gaul rata. Letak air sikit supaya tak hangit.

Masak rempah duluan, if air makin kering tambah lagi, lagi dan lagi seadanya. Masak  hinggalah  rempah pecah minyak.

Agak dah puas hati rempah tu masak, 

Masukkan air asam jawa, perasakan garam secukup rasa. 

Masukkan santan dalam 200gm + 2 cawan air. Didihkan. 

Dah didih masukkan isi ikan, didihkan kejap.

Masukkan bendi secukupnya + tomato belah 4 + cili merah potong 3 + 5 biji cili hijau + 1 biji bawang besar di mayang. 

Slowkan api, biar mendidih sekejap. Rasa. If tak cukup rasa, pepandailah korang perasakan gulai tu sesedap anak tekak memasing ye. 

Ciksu suka masam² pedas sikit sebab nak balancekan dengan santan berlemak tu. 

Apa pon cukup rasa Ok lah tu ✌

Nak lajak makan nasi, tumbuk cabai, ulam-ulaman serba sikit. Comfirm kenyang tersandaq sat lagi 🤗

Korang masak apa hari ni? 

#daridapurciksu

0 Comments