Tudung kanak-kanak

NANGKA MUDA MASAK LEMAK CILI PADI

 Dah lama tak makan masak lemak nangka muda ni.. tiber teringin pulak anak tekak ni.. alhamdulillah mudah cari dekat sini.. cik abe jumpa di pasar Penaga.. rezeki.. alhamdulillah..

NANGKA MUDA MASAK LEMAK CILI PADI simple.. tapi makan mau tau lah.. hahahaha.. dua tiga pinggan okay.. sebab sedap sangat. Nak-nak pulak ada sambal belacan ready made. Buat banyak sekaligus, simpan dalam bekas letak dalam peti sejuk. Senang. Nak makan terus sudukan dalam pinggan memasing. Tak adalah setiap kali nak makan, baru nak tumbuk. Lambat lah 😅

NANGKA MUDA MASAK LEMAK CILI PADI style ciksu mudah je..

Rebus nangka bagi separa empuk.. buang air rebusan tu.. toskan..

Tumbuk cili padi, kunyit hidup.. gaulkan bahan tumbuk dengan nangka tadi dan serai, letak air, then panaskan atas api sampai agak kering means cili tu betul betul masak, masukkan serai ketuk, asam keping, santan, perasakan garam gula sesedap rasa.. kacau selalu jangan bagi pecah minyak.. agak dah mendidih, rasa, tutup api, siap.

Ciksu buat tak pedas mana sebab kuah masak lemak ni kesukaan Rania. Dia suka hirup kuah tu bila makan. Itu yang buat tak pedas. Tapi nangka Rania tak nak makan.. 

Kita gu kan dengan ikan temenung bakar.. guma pes mee goreng ADABI.. ulam tomato.

Ya Allah.. sedap uols.. memang makan tak hagak-hagak oiii.. hahaha.. 

Okay siap satu menu habuan idea memasak musim pkp ni.. cemuih pikiaq menu.. hahaha.. kadang telur goreng kicap pon jadi.. 

 

Ikan temenung tu bakar bagi garing garing sikit.. sedap tau ratah.. sambil cicah kuah masak lemak tu.. calit sikit cabai tu.. pedas pedas, manis masam, lemak berkrim.. hahaha


See uols next entry k.. 



0 Comments