Masuk rumah baru yang orang tinggalkan sedia maklum macam mana keadaanya.
Kalau cantik bersih satu bonus. Tapi kalau caca merba sendiri mau taulah. Pepandailah nanti nak cantikkan atau bersihkan.
Prinsip kawe senang jah. Macam mana masuk, macam tu lah time nak keluar. Orang dah bagi pinjam tumpang berteduh, hargailah.
Macam mana?
Jaga sehabis baik amanah orang. Itu bukan rumah kita. If sewa jagalah macam jaga rumah sendiri. If duduk kuarters, pikir-pikirkan orang akan datang. Permudahkan urusan orang lain, in shaa Allah, Allah permudahkan urusan kita juga nanti.
Alhamdulillah, setakat dok keluar masuk rumah sewa dan kuarters, syukur.. taklah seteruk yang dok baca atau tengok di efbi.
Masa duduk Selangor menyewa di Taman Equine. Kami duduk rumah flat kos rendah. Di Johor menyewa di Bandar Sri Alam. Sama juga rumah flat kos rendah. Then masuk kuarters sekejap. Kondominium tingkat 13. Tak lama kemudian pindah ke KL. Still duduk kuarters. Ini rumah baru. Masuk rumah, koyak plastik perabot. Dapat tingkat 1. Rumah cantik bersih dan luas. Maklumlah kuarters baru siap. Penghuni pertama. Rindu rumah ni.
Baiklah.
Berbalik pada tajuk utama. CIF TANGGALKAN KOTORAN DEGIL. Degil ke?
Hahahaha.
Degillah.. kemahen susah nak tanggalkan gam-gam tu tau. Maybe owner sebelum ni pakai waallpaper kot.. dah la bekas gam tu tak cantik. Melekat-lekat plak kotoran minyak yang terpalit. Uiiisshhhh!! Geramlah juga.. dah pandai tampal, kenalah cuci semula sebelum checked out.. ni tak.. tinggal macam ni je..
Tak cuci mata sendiri yang sakit nak tengok.. sangat tak kemas ok, kalau tak clearkan semua tu. Mau tak mau, gigih lah juga tonyoh..
Mujur ada pembantu serba boleh ni.. Gunalah CIF CREAM MULTI-SURFACE CLEANER.
Tak mau citer banyak, uols tengok ajelah kesannya di bawah. Biar gambar berbicara. Gitchuuu!!!
Lemon pilihanku.
Gambar sebelum di sental.. kotor ok.. tak suka betul tengok macam ni.. if tak clearkan, nanti makin susah nak clearkan. Akan berdouble pulak.
Taraaaaaaaa..
Lihatlah dindingku yang cantik, bersih dan berkilat ini.
Nampakkan perbezaan yang di cuci dan belum di cuci. Hampir keseluruhan dinding macam tu. Memang gigihlah kawe cuci. Seronok tengok hasil dia.
2,3 juga ambik masa nak clearkan semua tu. Dah settled, lega rasa. Baru rapatkan rak pinggan, rak loyang dan rak beras ke dinding.
Asyik pandang dinding naik juling biji mata. Makanya, ajiomlah kita sucikan mata dengan view sunset di Taman Robina.
Sejuk mata memandang.. cantiknya ciptaan Allah swt.
Ya Allah, peliharalah mataku untuk melihat benda-benda yang baik. Terangilah mataku untukku membaca dan memahami Al-Quran.
SubhanAllah. MasyaAllah. Alhamdulillah





0 Comments
﷽
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)