Tudung kanak-kanak

PASAR MALAM PASIR PUTEH, KELANTAN

 13hb Mac, 2021

Bawa Rania potong rambut di Kuala Besut. Saloon pilihan dari mula sampai Besut sampai sekarang. Suka potongan dia. Kemas dan cantik. Sesuai dengan muka ummi dan Rania. Kadang ayah pon potong rambut juga dekat sini 🤗

Alang-alang Besut dah bersempadan dengan Kelantan teruslah pergi Pasir Puteh. Tak jauh pon. Langkah pintu gerbang je. Dah masuk Kelantan 😂

Baru teringat ada pasar malam petang. Tapi sejak PKP dah lama tak pergi. Hari tu pergi tapi belum beroperasi.

Kami suka mai pasar malam sini. Syurga makanan.

Nak makan apa???

 Cari je. Macam-macam ada. Semua pon sedap-sedap uols! 

Antara pilihan menu yang ada Laksa, Nasi Kerabu. Mee Kari. Ayam Gunting. Nasi Ayam. Nasi Lemak. Burger. Ayam Madu. Ayam Bakar. Mee goreng. Nasi goreng. Koteow goreng. Sate. Kacang rebus. Etok Salai. Jagung Rebus. Kek. Air balang. Buah-buahan. Sayur-sayuran. Pakaian. Kosmetik. Kerepek, cikedis. Mainan. Pendek kata semua jenis menu ada. Pilih ikut anak tekak memasing nak makan apa. 

My peberet forever and ever.

Semestinya LAKSA.

Ingat lagi masa memula sampai sini, makcik ni suami isteri dengan anak-anak dorang niaga laksa dan bubur nasi dalam kuantiti yang sikit je. Tapi rezeki dorang sungguh makin hari makin bertambah menu. Kuantiti pon makin besar. Meja juga makin bertambah.. Suka tengok. 

Rasanya ada dalam entry lepas-lepas. Pernah blogkan di sini juga. Nak linkkan, kemalasan pulak nak mencari sebab guna hp aje update entry 😂

Nampak susunan tipuware laksa. Nikmat betul. Kena sebekas kenyang tersandaq! 

Impian juga nak niaga nanti macam ni. Nak buka booth jual menu dessert, laksa, mee kari dan nasi lemak.. aamiin 🤲



BUBUR NASI.
Ya Allah ini paling sedap. Tak pernah tak beli. Ada pedas dan tak pedas. Boleh pilih. Biasa ambik 2 jenis. Satu untuk Rania yang tak pedas. Ummi ayah share yang pedas. Puas makan. Lauk ada ayam, udang, telur masin, ikan bilis, sambal pedas, daun sup, bawang goreng. Lengkap. Secukup rasa. 

Harga berpatutan dengan kuantiti dan kualiti. 


Masa ciksu sampai pasar malam ni dedulu, dorang duduk port tengah ni lah. Sekarang dah beralih ke tepi jalan. 


Besarlah juga pasar malam ni. Dia memanjang. Kiri kanan orang berjual beli. Kadang tengah-tengah ni pon ada orang jual. Kadang ada yang duduk tengah ni minta sedekah. Tapi time sekarang tak ada. Penjarakkan. Jadi laluan pengunjung je lah. Kalau tidak bersesak sini. Berlaga bahu time berjalan.

Rania dan ummi 👭


Menu hari ni.. 
Kek coklat cheese..


Blueberry cheese leleh tak sempat rasa. Kek blueberry ni rezeki pakcik yang kebetulan lalu sebelah ciksu tadi.


Nasi kerabu menu wajib if pergi pasar malam di Pantai Timur. Lain orang lain rasanya. Semuanya ciksu balun. Hahaha. Asalkan tak letak budu. Kebiasaannya ciksu beli nasi kerabu toksey kuah sambal. Makan kosong gitu je. Barulah menu sihat. Githoo. 

Ambik ayam bakar. Kadang ayam percik.. kadang daging goreng. Ikut rasa nak makan apa. Semua pon gandingan serasi bersama. 


Chicken chop untuk Rania. 


Kalau pergi pasar malam, ciksu akan cari port untuk makan. If ada taman lepak taman. If ada kerusi meja dekat-dekat situ pon ciksu onz. Kadang duduk je bersila depan bank dekat situ 🤣 ikut dan. Asalkaan boleh duduk dan makan.

Kenapa?
sebab suka makan panas panas. Tak suka bawa balik rumah. Feel nak makan tu dah tak ada. Makan sesiap, terus buang sampah sarap. Settled

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut senang hati.



Pastu cari toilet lah pulak 😅
Jauh nak kena menapak. Nun dekat Petron dekat kawasan bank di sana haaa. Oklah, lepas makan kasi jalan-jalan sikit. Baru cepat turun kan. Hahahaa.

Alang-alang lalu sini, terus snap gambar kenangan dengan TAPAK LAMA PASAR PASIR PUTEH, KELANTAN. 

Actually, pasar ni dah pon pindah ke kawasan PEKAN BARU PASIR PUTEH. Sempatlah juga 2,3 kali mai membeli di pasar ni. Pernah makan pagi di sini juga. Sedap. Menu kampung. Air tangan orang lama. Kebanyakkan pakcik makcik je niaga sini. Nak menu apa semua ada. Pasar ni nak macam PEKAN RABU ALOR STAR. Ada menu rare. Ada buah keranji, keropok ikan, keropok lekor, budu, pes tomyam, pakaian dan lain-lain. Lagi satu menu dalam pantang tu.. ladu ke apa namanya ntah. Putih putih.


Pasar ni bahagi dua. Satu pasar kering dan satu pasar basah. Medan selera versi orang lama.

Dah roboh sudah. Tak tahulah nak bina apa nanti. Wait and see 😍


Ok. Bye. Jom balik.

Menapak beberapa langkah lagi sesambil cuci mata sebelum sampai ke kereta.


Pasar malam PASIR PUTEH memang best. First time dulu masa sampai sini waktu maghrib. 

Tiber lampu semua padam semasa AZAN MAGHRIB. Dorang stop urusan jual beli. Hatta waktu customer nak bayar dorang tetap tak ambik duit. Hormati azan. Habis azan lampu bernyala kembali. Baru dorang ambik duit dan buat order. Pastu dorang gilir-gilir solat.

Alhamdulillah. Dah pernah merantau dari Utara ke Selatan. Selatan Ke KL. KL ke Pantai Timur. Inilah kelainannya. Satu-satunya yang ciksu jumpa. Hanya di PASAR MALAM PASIR PUTEH, KELANTAN. Lain-lain pasar malam area Kelantan ciksu tak pernah sampai lagi kecuali pasar malam Tok Bali tapi tak pernah pergi time maghrib, so, tak tahu situasi sana macam mana. 

Dapat sesuatu dari perkongsian ini? 

1 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)