Tudung kanak-kanak

UDANG GORENG KUNYIT PKPB DAY 6 (20/1/2021)

 20 JAN 2021 : PKPB DAY 6

Lewat makan malam ni. Ahaks!

Udang Goreng Kunyit. Cili jeruk pelengkap rasa. Nasi putih. Cukup lah tu. 

Sebelum nak keluar dah masak nasi sesiap.

Perap udang dengan garam kunyit. Potong bawang. Letak tepi.

Sampai je rumah, terus tumis. 

Cepat dan pantas. 

Kenyang perut taki kecapi.

Tidur pon terlebih lena 😆



Menu simple je setiap hari. Asal ada, janji perut kenyang terisi anak beranak 😋

Alhamdulillah.

Lewat makan malam ni sebab tadi teman cik abe gi membeli keperluan #dapurciksu 😆 tapi ummi dengan Rania duduk dalam keta je layan "Jalan Balik Surau" sesambil buka hamper cik abe dapat petang tadi sebagai penghargaan jadi juri sepak takraw 😉

Rezeki dapat hamper makanan dengan tuala.

Cik abe nak main takraw dah tak boleh sebab kecederaan lutut sejak tahun lepas. Nak lepaskan keinginan tu, kengkawan offer jadi juri selama 3 hari. Onz slaluh. Hihi. 

Pantai Timur budak-budak tak boleh masuk. Itu pasei ummi duduk dalam kereta je 😉 lagipon sesaja bawa mek Rania ronda-ronda. Sok lusa tulat tungging mereput di rumah ajelah gayanya, kan!

#DariDapurCiksu

0 Comments