Tudung kanak-kanak

KWSP: I-LESTARI

Assalamualaikum 😉Lamanya tak menulis di sini, kan!

 

Harapnya uols yang rajin blogwalking dan ketemu blog QasehnyaRania ni, sihat sentiasa dan dipermudahkan urusan setiap hari.. aamiin..

Okay,
Entry kali ni, nak share tentang PENGELUARAN DUIT KWSP I-LESTARI yang diumunkan oleh Perdana Menteri hari tu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Actually, ciksu update I-Lestari lambat tau sebabnya da masalah sikit.. hahaha.. hp problem.. storage full 😂 so, tak boleh nak download apps yang dikehendaki untuk trace no id bla bla bla.. 

Jadinya, ciksu update akaun i-Lestari awal bulan Jun/2020. Biarlah lambat, asalkan buat juga, kan! 

Belum terlambat lagi rasanya.. 

Update awal Jun/2020..
Masa isi amaun, gamble je sebab tak boleh check baki akaun 2 lagi masa ni.. gi cari mesin kwsp merata tapi semuanya out of service 😂Sudahnya isi ajelah form tu.. berapa banyak yang bakal dapat terima seadanya.. so, amaun yang dipilih ialah RM500.. 

Selepas tempoh 14 hari duit akan didebitkan ke dalam nombor akaun yang diberi.. 

Just wait and see 😍

Akhirnya... 
Syukur, alhamdulillah.. dua kali dapat, dua kali juga tak ada dapat mesej dari KWSP.. Check-check dah ada duitnya dalam akaun. Syukur. 

Oh ya, ciksu rujuk jadual di bawah sebagai panduan. Ciksu group ke 8. 
Turutan tarikh yang ciksu dah dapat..
11/6/2020 (sebelum tu check tak dapat lagi.. kebetulan pergi ambik barang area situ, alang2 saje check di Bank Muamalat pada 12/6.. tengok tengok dah ada duitnya.. so, dari situ ciksu bajet duduk dalam group ke 8).

10/7/2020 (ini pon sama.. memang tak ada check beria.. cuma saje try test cucuk kad atm.. tengok tengok dah ada.. hari check tu 11/7 kebetulan gi situ nak jenjalan pasar malam.. tiber pasar malam tak ada.. alang² lalu depan CIMB. Terus gi cucuk).

Untuk Ogos, kita tunggu tengok berapa haribulan duit masuk pulak 😁 

Kenapa May/2020 ciksu tak update? sebab ciksu belum isi. Hihi. Duit hanya akan dapat pada bulan selepas update form i-lestari.

#thankyouAllah

Korang group ke berapa? 

0 Comments