Tudung kanak-kanak

BANJIR DI JERTEH, BESUT, TERENGGANU

Ingat lagi..
tahun pertama datang Pantai Timur..

1/1/2017..
ketibaan kami ke Jerteh di sambut dengan hujan renyai-renyai berlarutan sepanjang bulan Januari, 2017 hujan.. sesetengah kawasan dah dinaiki air..

Tahun lepas tak banjir.. hujan pon tak selebat tahun ni..

Tahun ni mengikut ramalan kaji cuaca katanya memang akan banjir, so, memasing memang dah standby dan berjaga-jaga.

Akhirnya,
penghujung bulan November baru-baru ni, memang setiap hari hujan.. pagi, petang, malam hujan..
walaupon tak lebat mana tapi non stop.. pagi, petang, malam.. memang akan hujan.. sejukkkkk je sepanjang hari.. ngam-ngam lepas sekolah bercuti hujan turun dengan jayanya..

Kursus 29/11/2019 di batalkan dan kami bercuti selama sebulan memandangkan keadaan cuaca tak menentu.

Ngam-ngam dapat notis dari HQ Empower, hujan terus turun sehinggalah air naik dengan mendadak.

Empangan Jajar di Hulu Besut pecah katanya. Itu yang kawasan paling hampir dengan Hulu Besut teruk mengalami kerosakan. Air di sana sangat dalam dan deras. Kalau tengok gambar² yang kengkawan kursus hantar.. siannya ke deme. Huhu. Tapi apa boleh buat. Semuanya jadi dengan izin Allah.

Kena laluinya dengan sabar dan redha dengan apa yang terjadi. Di doakan mereka semua diberi ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi dugaan banjir kali ni.

Ini gambar yang ciksu dapat dari GROUP KURSUS. Semuanya tempat peserta kursus diami. Ada setengah dah delete. Storage penuh. Huhuhu

Banjir ni mula di HULU BESUT. TEMPAT LETAKNYA EMPANGAN JAJAR. KAWASAN KAMPUNG BERDEKATAN MEMANG TERUKLAH. NAMPAK BUMBUNG JE HAA RUMAH DEME. Pic awal-awal dah delete.

Permulaan..
Malam pertama area Kampung Lampu..


Awal pagi hadapan Pasar Borong Kampung Lampu..


Laluan jalan dari Kampung Lampu ke Pasar Borong Kampung Lampu..




Kawasan perumahan Alor Lintah..


Ini rumah mak kawan di Terengganu.


Kampung Pinang..
Gambar ehsan dari adik kursus yang juga anggota JPAM..




Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk jiran-jiran dan orang kampung di Pantai Timur ye.

Ramalan kaji cuaca..



2 Comments




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin