Tudung kanak-kanak

RANIA KE HUSM LAGI..

Pepagi dah sampai HUSM.
Rania ada appoinment dengan PAKAR KULIT harini.

Suka mai sini pastu pi cuci mata dengan cafe dia.

Perghhh!

Tak terjamu mata ni dengan segala mak nenek menu yang ada. Aku suka betul tengok menu-menu yang ada tu. Rambang mata.

Maciam-maciam ada tau..

Pastu sambil jalan tengok harga, tengok menu aku susun angan-angan. Hahaha.

Orang yang suka berangan je tahu nikmatnya berangan, kan!

Kah!

Jomlah layan gambar kami yang tak seberapa nak cun menanti nombor giliran di HUSM.

Macam biasa..



Yang pasti menu yang ada semuanya kebabom..

Sesak dan padat dengan pengunjung hospital. Sinilah mudah pon nak cari makan. Sesambil menanti nombor giliran dipanggil. Tak jauh.

Tak cukup ongkos yang di bawa. Jangan risau mesin ATM ada je berdekatan KAUNTER FARMASI DAN DEPAN CAFE ni.

😂


Pulut Ayam. Sedap. Beli satu. Saje nak try


Lompang pandan


Aneka nasi. Nasi Ayam. Nasi Lemak.




Sarapan bubur nasi je. Menu sihat.

Githoooo


Kenyang perut masuk tunggu nombor semula. Hahaha.

Pos laju pon ada dalam kawasan HUSM ni.



Mukaku berparut. Huhuhu
tapi enjoy je sebab itu tandanya masih muda. Kah!

Sekejap je tunggu nombor dipanggil.

Terus ke kaunter FARMASI.
Aku respect betul dekat sini. Cepat dan pantas.
Aku suka tengok bahagian kaunter ubat ubatan tu.
Punyalah banyak. Bersusun susun haaaaa.
Nampak tersusun. Kemas. Staff yang cekap.
Kaunter yang dibuka pon penuh. So, masa yang ditunggu tak lama.
If terlepas nombor giliran.. Dorang panggil semula. Taoi kena pergi bahagian tepi sebelah kanan. Tuntut ubat hangpa di situlah..


Sekian laporan kami di HUSM, KUBANG KERIAN, KELANTAN.

Next appoinment, 27 Ogos, 2019.
Doakan semoga masalah ekzema Rania ni cepat sembuh..
Ummi sokmo saiko Rania. Sebab Rania suka tanya,

"Kenapa Allah bagi Rania gatai-gatai ni ummi. Sian Rania. Tak boleh makan ayam. Tak boleh makan manis-manis.."

Alahai anak..sian kamu.

"Allah nak bagi kulit Rania cantik nanti sebab tu Allah bagi gatai gatai dulu. Rania sabaq ye. Allah sayang Rania.

Jenuh jugalah nak jawab persoalan Rania yang bijak pandai ni..

Sabar ye ummi..

Balik dari HUSM, pekena LAKSA SARANG DI JERTEH. PORT WAJIB tiap kali balik ambik Rania dari sekolah.



Next entry iolls share lokasi dan menu apa yang ada di situ.

Ok.

2 Comments

  1. wah meriah betul ye makanan makanan dia. Saya doakan awak cepat sembuh

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin