Tudung kanak-kanak

CUCI GIGI DAN CABUT GIGI

Saat yang paling mengerikan adalah waktu nak cabut gigi. Seram uuiii kalau diingatkan jarum suntikan yang panjang tu. Seram sesangat ๐Ÿ˜ฌ

Masa nak kena cucuk memang pejam mata  serapat-rapatnya. Doktor suruh relax ja. Jangan banyak pikiaq. Pikiaq banyak-banyak pening kepala katanya. Hahaha.


Ini kali kedua. Kali pertama tahun 2016. Selepas wean off, "si dia" mula buat hal. Kekurangan kalsium agaknya. Huhuhu ๐Ÿ˜ฐ


Ni ubat kebas dah habis. So, far baik-baik aje. Cuma sesekali beradoi manja. Gituuu.. 


Klinik peberet. Masa cucuk, masa cabut gigi masa cuci gigi memang tak berasa. Tau-tau dah siap je.. 


Sebelum cabut gigi gaham ni, kita buat scaling dulu. 

Cuci gigi (scaling)
Rawatan membersikan gigi daripada plak, karang gigi & karat yang melekat permukaan gigi  ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

KARANG GIGI???
APA TU???๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Karang gigi
-berasal daripada plak/ tahi gigi yang mengeras
-putih2 kapur sehingga kehitaman
-pemberusan gigi sahaja tidak dapat menanggalkan karang gigi
-boleh menyebabkan penyakit gusi sekiranya dibiarkan lama

-kesan penyakit gusi: gigi kelihatan panjang, mulut berbau, gusi kemerah-merahan, bengkak & bernanah, gigi goyang sehingga ada yang boleh tertanggal sendiri.

Scaling atau cuci gigi ni tak rasa apa pon cuma adalah rasa ngilu sesikit. Proses scaling ni tak menipiskan gigi sebaliknya mencuci gigi daripada karangan gigi yang menempel di gigi. 


Seeloknya buatlah rawatan gigi 6 bulan sekali. Mudah untuk doktor gigi tentukan jenis rawatan yang sesuai untuk gigi kita. Ok. 

 Servis Dr Low Terbaik ๐Ÿ‘๐Ÿ‘




Kos Rawatan Klinik Pergigian Low, Alor Star..


Cabut gigi geraham RM70

Cuci gigi RM130

#klinikpergigianlow

#jalansultanbadlishahalorstar 
#simpansiniuntukrujukan

2 Comments

  1. lama tak singgah sini. takut jugak jumpa doktor gigi padahal dr tu tak buat apa pun haha

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin