Tudung kanak-kanak

Zikir Hari Jumaat & Amalan Sunat Hari Jumaat


Assalamualaikum & Selamat pagi..
Jumaat penghulu segala hari...
CIKSU doakan 

🌹Semoga segala urusan kita dipermudahkan
🌹Semoga kita diluaskan rezeki hari ini
🌹Semoga kebaikan yang kita lakukan akan mendapat keredhaan
Aamiin......

CHECKLIST AMALAN-AMALAN SUNAT HARI JUMAAT:

• Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw.
• Membaca Surah Al-Kahfi.
• Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat jumaat.
• Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
• Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
• Memperbanyakkan amalan bersedekah.
• Memperbanyakkan amalan sunat.
• Memotong kuku kaki dan tangan.
• Memperbanyakkan zikrullah.
• Memakai pakaian sunnah.
• Memakai wangi-wangian.
• Hadir awal ke masjid.

Rasulullah bersabda yang maksudnya :

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

#maajunanggunbistarijerteh
#seqybeautyjerteh

2 Comments

  1. Allahu..begitu bermakna hari Jumaat sebenarnya untuk kita ummat Muhammad SAW...

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)