Tudung kanak-kanak

HATI-HATI SENTIASA WALAU DI MANA BERADA.. PENJENAYAH DI MANA-MANA.. SAMPAI KE DALAM MIMPI TAU ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚



Rania nak pergi sekolah.. entah macam mana Rania ambil kain hitam, baju sekolah warna putih. Siap sedia pakai baju macam budak sekolah rendah cumanya pakai kain hitam. Ummi suruh tukar, itu bukan uniform sekolah Rania. Beria nangis-nangis tak mau tukar. Ok, pakailah..

Ayah hantar sebelum pergi kerja. Kebetulan ummi pon nak keluar juga. Ummi naik moto dengan kawan.

Dipertengahan jalan terserempak dengan kawan sekolah. Ajak pergi minum. Tapi dia tak boleh join sebab dah lambat nak hantar anak ke sekolah. So, kami berpisah di persimpangan jalan..

Tengah beratur nak melepasi traffic light, tetiba Rania perasan ummi naik moto lain. Rania nampak ummi, terus menangis.

Ummi kesian dekat Rania. Meramu-ramu ayaq mata nak ikut ummi. Huhuhu..

Entah macam mana, moto ummi terbelok ke kanan sebab tetiba jurr laluan kami di pintas kereta. Makanya dah tersasar. Ayah terus je lah hantar Rania. Ummi dengan kawan jenuh meraba cari jalan keluar. Ekekeke ๐Ÿ˜ข

Akhirnya berjaya juga. Teruslah kami ke pusat bandar. Termasuk laluan sehala lah pulak ๐Ÿ˜…

Pusing lagi mencari jalan. Sudahnya, parking jurr moto, kami berjalan kaki. Senang.

Turun ke bawah. Benornya kami dah tersesat. Ahahahaha. Tapi tak tahu kat mana. Ingatkan Pasar Seni. Tapi bukan. Nampak bas, punyalah ligan bas, sebab nak tengok signboard tu ke mana. Hahadoiilah.

Tapi dah cam dah kat mana sebab ternampak kubah. Rasanya macam dekat area stesen kereta api..

Pastu ternampak pakcik ni. Punyalah kami keloi, nak tanya apa nama tempat ni tapi boleh dia buat tak dengar. Dia pusing belakang tapi macam tak perasan kami. Pelik.

Tengah dok kalut ligan pak cik tu, rasanya kami dah pecut 100 meter tapi yang dok herannya, kenapalah rasa macam tak bergerak-gerak. Rasa macam lari setempat jurr. Haru sungguh ๐Ÿ™„

Tetiba mata ni terpandanglah seorang lelaki di balik pokok krismas. Entah apa yang dibuatnya di situ pon tak tahulah. Menyorok dari kawan agaknya..

Entah macam mana, aku dapat rasakan sesuatu dari belakang..

Rasa macam ada orang rentap bag sling aku. Waaaaaaa. Punyalah aku menjerit minta tolong. Beg aku nak kena ragut. Punyalah takut dan nebes. Kaki dok nak lari lagi. Tapi tak boleh..

Belum sempat aku karate kan mamat tu..

Tetiba,
aku terdengar suara ni..

"ummi, nak peluk.."

kah kah kah kah..
aku mimpi rupanya..
ala ala atok..

Rupanya beg kena rentap tu Rania yang dok goyang belakang ummi. Kah Kah Kah ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Suspen betoilah..

Selamat pagi
Assalamualaikum..
S E L A M A T
 H A R I
     M A L A Y S I A



1 Comments

  1. ha ha ha ha ha...
    tekun aida membaca sampai abis.
    alalalalalatok! ha ha ah ha

    ReplyDelete




Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa

Allahumma aamiin aamiin aamiin ya Rabbal alamiin