Tudung kanak-kanak

TIPS HAMIL DAN DOA HAMIL



السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه

Bw tetiba jumpa TIPS HAMIL DAN DOA HAMIL. CIKSU COPY PASTE DAN SIMPAN SINI. UNTUK RUJUKAN SENDIRI. DOAKAN CIKSU YE SEMOGA DIPERMUDAHKAN UNTUK HAMIL KALI KE 2. STILL BERUSAHA LAGI DAN LAGI.. DOAKAN SEMOGA RANIA BAKAL JADI KAKAK. AAMIIN

Khas buat ibu-ibu dan kengkawan yang masih berusaha untuk hamil. Sama-sama kita usahakan apa yang terbaik.. semua boleh.. 

Pesoalan yang biasa bermain di fikiran.. 

Anda mahukan anak atau zuriat?
Anda ingin mengandung atau hamil?
Bagaimana cara cepat hamil? Apakah teknik yang perlu saya lakukan untuk cara-cara hamil cepat?
Bilakah waktu yang sesuai untuk adakan hubungan seks?
Bagaimana posisi dan teknik, kekerapan serta kaedah terbaik semasa hubungan seks untuk meningkatkan potensi untuk hamil?

6 CARA RAHSIA & TIPS UNTUK MUDAH HAMIL

1. Melakukan Hubungan Seksual Pada Waktu Subur:-

Penting bagi setiap pasangan yang inginkan mendapatkan zuriat untuk  mengetahui tentang waktu yang paling sesuai untuk melakukan seksual iaitu pada waktu wanita subur (ovulasi). Jadi anda perlu tahu bila dan bagaimana untuk mengetahui waktu subur anda terutama pada kaum ibu? Anda juga boleh dapatkan “Ovul kit” di kedai-kedai ubat farmasi. Dengan adanya “kit”  berkenaan ia dapat membantu anda bagi menentukan bila masa subur anda. Selain itu anda perlu tahu bahawa telur yang matang dan baik hanya mampu hidup 24 jam sedangkan sperma pula hidup sehingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, anda perlu melakukan hubungan seks  sebelum saat ovulasi lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Melakukan Hubungan Seksual Dengan Kerap:-

Mengenai kekerapan ini adalah bergantung kepada pasangan itu sendiri. Tidak ada panduan khusus dan bilangan yang tepat untuk menetapkan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan seksual untuk hamil. Terdapat juga wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja hubungan seksual. Akan tetapi ada juga yang memerlukan  waktu yang lebih lama untuk mendapatkan anak. Justeru yang paling tepat adalah kekerapan anda melakukan hubungan pada waktu subur. Sebab itu, jika anda melakukan hubungan seksual dengan kerap sekalipun, tetapi bukan pada masa (isteri) anda subur, potensi untuk hamil adalah tipis

3. Menikmati Hubungan Seksual Bersama Pasangan:-

Merujuk kepada penyelidikan pakar, seorang wanita ketika mencapai orgasme klimaks semasa hubungan kelamin akan terhasil suatu alkaline pada vagina, dimana sperma yang dikeluarkan oleh (suami) akan suka keadaan ini, berbanding dalam keadaan normal vagina. Oleh itu jika anda mencapai orgasme pada saat tersebut atau pada saat pasangan anda mencapai ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai ke rahim wanita adalah lebih tinggi atau lebih tepat lagi potensi untuk dapat anak lebih cerah.

4. Teknik Posisi Semasa Hubungan Seksual:-

Teknik dan posisi seks ini adalah satu cara untuk meningkatkan kemungkinan terjadinya kehamilan. Kedudukan posisi bagi suami di atas adalah yang posisi terbaik untuk memberi kehamilan kepada (isteri) anda untuk mengandung. Selain itu juga tips yang boleh digunapakai adalah dengan meletakan bantal nipis dibahagian pinggul (isteri) anda. Tips ini adalah untuk menampung sejumlah sperma selama 20 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama-sama. Dengan keadaan ini akan memudahkan sperma berenang sampai ke dalam rahim.

Selain itu posisi yang perlu dielakkan bila anda ingin hamil adalah posisi wanita yang berada di atas, yang mana akan menyebabkan sebahagian dari sejumlah sperma akan keluar dan hanya akan tinggal sedikit  sperma yang mencuba berenang ke arah sel telur. Ini adalah sesuatu teknik yang sia-sia sahaja.

5. Tindakan Suami:-

Bagi suami adalah sebaik-baiknya tidak memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi pada suhu yang panas. Ini akan mengakibatkan penurunan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau suhu testis menjadi panas dan menyukarkan pembentukan sperma yang baik. Harap ia dapat dielakkan segera jika suami anda suka mandi sauna..Perlu dihentikan segera..

6. Tenang dan Bertawakal Pada Allah:-

Suami isteri perlu sentiasa relax dan redha dalam menghadapi apa jua tekanan. Ini adalah kerana jika pasangan berkenaan tertekan terhadap sesuatu masalah, ianya mampu menurunkan keupayaan untuk hamil. Disamping itu juga perlulah berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata yang diimpikan oleh setiap pasangan.Dan amalkan Doa Hamil dibawah..

In shaa Allah..

Amalkan Doa Hamil Ini
Mulakan dengan bacaan :
1. Istighfar - 11 kali.
2. Shalawat Nabi - 11 kali.
3. Al-Fatihah - 1 kali.
4. Ayatul Kursi - 1 kali.
5. Doa Untuk Mendapat zuriat. (setiap kali selepas solat)

(Surah Al-Anbiya: Ayat 89)



(Surah Ali Imran: Ayat 38)



6. Doa Kesuburan – 11 kali
(Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30)



✔Dapatkan botol air minuman yang bersih. 
✔Selepas habis membaca "Doa Kesuburan - Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30" maka ditiupkan kepada air tersebut.
✔Minum air tersebut setiap hari dan selepas itu, sapu air berkenaan pada bahagian bawah pusat hingga turun ke bawah dengan air tersebut sebanyak tiga (3) kali sambil membaca Doa Kesuburan - Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30". 
✔In shaa Allah bahagian yang bermasalah selepas disapu air doa berkenaan akan pulih dengan izin Allah.
✔Jika ada yang masalah tersumbat maka akan terbuka dan disembuhkan saluran tersebut.

SUMBER: http://cahayashifa.blogspot.com/2013/01/tips-hamil.html


2 Comments

  1. Jom amalkan....moga Allah mengangkat doa2 kita dan berkati setiap usaha kita....aamin.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah..aamiinn..
    Moga dipermudahkan semuanya..

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)