Tudung kanak-kanak

RESEPI APAM KAMPUNG PERISA PANDAN.. SEDAP.. SEDAP DIMAKAN BERSAMA KELAPA PARUT DAN AIR TEH O PANAS ๐Ÿ˜‹

Pencuci mulut hari ni.. apam kampung perisa pandan.. 

Apam Kampung Perisa Pandan sedap di makan.. kesukaan  Cik Abe dan Raniaku sayang.. cik abe kuih kukus gini suka sangatlah.. sejenis yang alergik dengan minyak.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚



๐Ÿ’™RESEPI: Apam Kampung Perisa Pandan

๐Ÿ’œSUMBER: Kak YatieMemories 
๐Ÿ’šBY: CikSu QasehnyaRania 

Bahan A:

2 sudu kecil rata yis mauripan
1/4 cwn air suam
1 sudu kecil gula halus

Bahan B:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
secubit garam 
1 sudu kecil perisa pandan
1 sudu kecil pewarna hijau

Cara-Cara:

๐Ÿ“Satukan bahan A, kacau rata dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.

๐Ÿ“Satukan bahan B dalam mangkuk besar dan gaul rata.


๐Ÿ“Masukkan bahan A tadi. Gaulkan, sebati, tutup dan perap 1/2 jam.


๐Ÿ“Selepas 1/2 jam gaulkan lagi adunan tadi, sebati.. biarkan 1/2 jam lagi 


๐Ÿ“Panaskan pengukus hingga air mendidih.. sapu minyak pada loyang/ acuan


๐Ÿ“Gaul sebati adunan, tuangkan ke dalam loyang.. kukus adunan selama 40 minit.. 


๐Ÿ“Sejukkan kendian baru potong macam gergaji.. supaya kuih tak mampat.. 


๐Ÿ“Gaul kelapa parut dengan garam.. kukus sekejap.. makan bersama apam kampung.. nyum.. nyum.. sediakan juga teh o panas.. mmmmmm..  sedap ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ‘๐Ÿ‘




Baru angkat dari pengukus, sejuk sekejap sangat, dah nak berbuka, kan!! hahahaa.. 

Love ๐Ÿ’˜,

CikSu QasehnyaRania 

S E L A M A T _ M E N C U B A ๐Ÿ‘„

1 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)