Tudung kanak-kanak

12 RAMADHAN 1439H.. KALI KEDUA KE BAZAR RAMADHAN



Pergghhhh berkhemah-khemah BAZAR RAMADHAN di KOTA PUTRA, KAMPUNG RAJA, BESUT, TERENGGANU..

Alhamdulillah, dorang bahagikan kepada 5 khemah besar.. bagi ciksu baguih idea ni.. tak sesak, memudahkan customer pilih makanan dan minuman berbuka dengan selesa.. berjalan lengang kangkung dari satu khemah ke satu khemah yang lain.. macam-macam jaudah berbuka dok ada.. pilih je mana nak belanja anak tekak 😂😂

Blurrrr uuiiii tak tau nak beli apa.. tengok lauk pauk, tengok nasi, tengok pemanis mulut, tengok air.. dan-dan tu perut jadi sengkak 😂😂😂

Raniaku sayang pulak yang lebih teruja.. macam dia yang puasa.. dia yang rambang mata.. itu nak ini nak.. 😋😋😋

Tetiba masuk bazar otomatik.. ummi adik nak kuihlah.. ummi buat kuih kat rumah, kan!! tak nak kuih ummi, nak kuih beli je.. 🙄 tengok pelbagai jenis kuih yang ada.. sudahnya donut juga dipilih 😄

Jalan lagi ke depan beli air pulak.. sebabnya Raniaku sayang dok kalut sangat nak air blue-blue.. kita pilih yang pakej.. tiga-tiga dapat sorang satu air.. rania air blue, ummi air teh bunga, ayah air asam boi.. tak yah berebut 😀

Jalan ke depan tak dan tanya nak apa, dia nampak dah ayam upin ipin.. laju je tuju gerai tu.. hahaha.. okaylah..

Ayah berkenan air tebu pulak.. belilah satu.. ummi tak minum air tebu.. 

Jadi, itulah juadah berbuka puasa pilihan Raniaku sayang 😍



Korang beli apa je pergi BAZAR RAMADHAN??? 


#air3rm5
#donut3rm1
#ayamupinipinrm2.50
#airteburm2
#totalrm10.50
#BAZARRAMADHAN 
#BAZARRAMADHANKOTAPUTERABESUT 

2 Comments

  1. besar jugak bazar dia..jenuh laa nak jalan..

    ReplyDelete
  2. Saya hampir hari2 ke bazar..tambah sekarang tengah sarat preggy..so boleh balik pukul 4.time ni x ramai sangat.selalu beli kuih or murtabak.lauk berbuka masak kat rumah..cuma beli menu nk mkn lepas terawikh jer.babah nyer suka mkn yg ringan2

    ReplyDelete




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)