Tudung kanak-kanak

Pageview 4 juta seribu tiga ratus enam puluh satu.. Alhamdulillah..

Hari -hari dok tunggu tengok bilalah nak capai empat juta pageview...tup tup buka blog pagi ni, naaaa dan pon empat juta seribu tiga ratus enam puluh satu.. 😍😍

Yeay! Yeay!  Alhamdulillah.. Sekian lama menanti baru genap empat juta. Kan!! Blog blogger lain dah lama pon capai. Tak apalah, tak mengapalah..asalkan blog aku capai juga. Pelan-pelan kayuh. In shaa Allah, tahun ni kita meroket teru sampai 10 juta pageview.. Boleh ke? In shaa Allah boleh kena usaha lebih lagilah. Mantapkan pengisian di blog. Pasti berjaya. Usaha tangga kejayaan. Aamiin.. Hihihi. 

Last year tak berapa rajin bonar update blog. Sibuk update aktiviti jualan di muka buku dan instagram nun. Blog di anak tirikan.kikikikiki

Azam tahun ni nak kembali mengupdate blog secara istiqamah. In shaa Allah, semoga dipermudahkan semuanya. Semoga dapat bahagikan masa dengan bijak dan seadilnya.muahahahaaa 😂😂

Semoga apa yang aku share dalam blog ni memberi manfaat pada yang mencari info di sini. In shaa Allah.. 

Pppssttt: tak boleh pulak nak screenshot.. Storage dah penuh.. Nampak.. Gambau penuh sesaja. Tak ditransfer jadi ginilah. Ambil gambar sana sini. Katanya nak update bloglah. Konon. Sekali non hado.. 

Nilah punca rajin sangat awal januari mengupdate blog. Nak clearkan gambar yang sedia ada. Yang dah di update, gambarnya akan di delete. Tinggalkan gambar kami anak beranak udoh le.. Itu pon dah nak kena cari orang tolong buatkan photobook. Dah jumpa dah orangnya cuma menanti kerajinan diriku untuk memilih gambar belum mai lagi hahahahaaaa. 

Ok. Nanti jumpa lagi. Okay.. Bye bye 🚗🚗

2 Comments




“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim: 40)